Skip to main content

Hospital USM  |  Kampus Kesihatan

RINGANKAN BEBAN PESAKIT PEDIATRIK OKU, PADU SERAH VAN SUMBANGAN MENTERI BESAR KELANTAN KEPADA HOSPITAL USM

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 1 Januari 2024 – Prihatin dan cakna dengan kesukaran pesakit kurang berkemampuan khususnya golongan orang kurang upaya (OKU) mendapatkan rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), Menteri Besar Kelantan berbesar hati menyumbang sebuah van kepada Hospital USM melalui Persatuan Alumni Doktor Universiti Sains Malaysia (PADU).

 200cfa99 0e7f 4af1 9329 8bcd4daa5698

Penyerahan tersebut disempurnakan oleh Mantan Presiden PADU, Profesor Dato’ Dr. Jafri Malin Abdullah kepada Pengarah Hospital USM, Dato’ Profesor Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab Rahman disaksikan Timbalan Pengarah Klinikal Hospital USM, Profesor Dr. Zaidi Zakaria, Presiden PADU, Profesor Madya Dr. Shaik Farid Abdull Wahab, Pengurus Infra Quest Sdn. Bhd., Azmadi Omar, Pengurus Operasi Infra Quest Sdn. Bhd, Abdul Muhaimin Abdullah dan ahli-ahli PADU.

95a00c61 11ac 4515 8e07 2893907f743f

69f32221 898b 474c 8181 dc485d6d6222

Van bernilai RM186,500 itu merupakan sumbangan Kerajaan Negeri Kelantan melalui anak syarikat Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Infra Quest Sdn. Bhd. bertujuan membantu meringankan beban pesakit pediatrik (kanak-kanak) OKU dalam kalangan B40 untuk datang mendapatkan rawatan di Hospital USM.

fa77caf8 decd 4efe bf00 efe7381190d0

3db6a377 1d11 44a8 8497 b00613e078f9

Van tersebut telah diubah suai untuk kegunaan pesakit kanak-kanak OKU yang berada di sekitar Kota Bharu berulang alik menjalani sesi fisioterapi atau pemulihan carakerja di Hospital USM.

Teks: Wan Nor Azlin Wan Azlan & Muhammad Aqeel Mohamad (Pelajar Latihan Industri UiTM) / Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman

  • Created on .
  • Last updated on .
  • Hits: 63