REBUT KEBERKATAN RAMADAN, GRAB MALAYSIA SUMBANG 500 PEK BUBUR LAMBUK KEPADA PETUGAS BARISAN HADAPAN HOSPITAL USM
USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 25 MAC 2024 - Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini berbesar hati menerima sumbangan 500 pek bubur lambuk dan kurma daripada Grab Malaysia untuk diagihkan kepada petugas barisan hadapan Hospital USM.
Sumbangan tersebut disampaikan oleh Ketua Kualiti Platfom dan Penglibatan, Grab Malaysia, Nur Zafira Azahar kepada wakil pengurusan tertinggi Hospital USM.
Sumbangan itu dilaksanakan sempena kempen Grab Malaysia sepanjang bulan Ramadan iaitu ‘Keberkatan Dalam Setiap Pesanan'.
Teks : Wan Nor Azlin Wan Azlan /
Foto : Abdul Hasib Abdul Rahman
- Created on .
- Last updated on .
- Hits: 38