PUSAT RANCANGAN KO-KURIKULUM SUMBANG RM3,000 KEPADA RRM HPUSM
USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 24 Oktober 2024 –Pusat Rancangan Ko-Kurikulum, Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM) menyerahkan sumbangan dana berjumlah RM3,000 kepada Rumah Ronald McDonald (RRM) Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM), hari ini.
Replika cek sumbangan dana tersebut diserahkan oleh Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaiful Bahari Ismail kepada Pengurus RRM HPUSM, Wahida Harun.
Sumbangan tersebut diharap dapat membantu menampung kos operasi dan pelbagai aktiviti yang dianjurkan untuk pesakit serta keluarga yang menginap di RRM.
RRM berfungsi sebagai rumah penginapan sementara bagi keluarga pesakit kanak-kanak yang menjalani rawatan jangka panjang di HPUSM.
RRM HPUSM turut mengadakan hari terbuka pada hari ini bagi memperkenalkan kemudahan-kemudahan yang disediakan di RRM kepada para pesakit di HPUSM.
Turut hadir ialah Pengerusi Rancangan, Pusat Rancangan Ko-Kurikulum Kampus Kesihatan, Profesor Madya Dr. Nazri Shafei.
Teks: Muhd Zulkifli Zakaria / Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman
- Created on .
- Last updated on .
- Hits: 22