Skip to main content

Hospital USM  |  Kampus Kesihatan

PUSAT ISLAM SUMBANG 48 ‘LAZY CHAIR’ KEPADA WAD HOSPITAL USM

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 3 Mac 2024 – Jawatankuasa Masjid Mukim Kampus Kesihatan dan Jawatankuasa Amil Zakat Kampus Kesihatan melalui Pusat Islam Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) menyampaikan sumbangan 48 buah ‘lazy chair’ kepada tiga (3) wad Hospital USM pada 28 Februari lalu.

IMG 20240303 WA0008

Sumbangan tersebut adalah ekoran inisiatif Projek Rintis Unit Kejururawatan pada akhir tahun 2023 dalam usaha menyediakan ‘lazy chair’ kepada peneman pesakit wad 7 Utara, 1 Utara dan 3 Utara.

Pengarah Hospital USM, Dato’ Profesor Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab Rahman bersama pengurusan Unit Kejururawatan meluangkan masa untuk menerima sendiri sumbangan tersebut yang disampaikan oleh Timbalan Pengarah Pusat Islam, Kampus Kesihatan, Amira Abd Sattar @Ismail.

  • Created on .
  • Last updated on .
  • Hits: 23