Skip to main content

Hospital USM  |  Kampus Kesihatan

PUPUK SIFAT PENYAYANG DAN PRIHATIN TERHADAP PESAKIT KANSER HPUSM MELALUI NASROM KASIH

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN 27 Mac 2025- Ziarah pesakit kanser di hospital merupakan satu inisiatif yang membawa pelbagai manfaat, bukan sahaja kepada pesakit tetapi juga kepada masyarakat. Menyedari hakikat ini, Unit Klinikal Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) meneruskan usaha kebajikan dengan menganjurkan Program Ziarah Pesakit Kanser serta Staf Kesihatan oleh Nasrom Kasih.

1000122964

1000122961

Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Ramadan dan Syawal 2025 peringkat HPUSM yang bertujuan memberikan sokongan moral, emosi, dan fizikal kepada pesakit kanser serta membantu mereka menghadapi cabaran penyakit dengan lebih tabah dan berfikiran positif.

1000122959

1000122955

Program yang memfokuskan pesakit kanser di Wad 3 Selatan, 6 Selatan, 6 Utara, Pusat Jagaan Harian (W) Hematologi 3 Selatan dan Pusat Jagaan Harian Onkologi Kanak-kanak ini juga bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan kesihatan, memupuk nilai empati serta menggalakkan semangat kesukarelawanan. Selain itu, program ini turut membuka peluang kepada pelajar universiti untuk menyertai aktiviti kemasyarakatan yang membentuk nilai tanggungjawab sosial.

1000122957

1000122963

Ziarah pesakit kanser bukan sahaja memberi impak positif kepada individu yang menerima sokongan, tetapi juga berperanan dalam membentuk masyarakat yang lebih penyayang dan prihatin. Usaha sebegini wajar diteruskan dan diperluaskan bagi memberi manfaat jangka panjang kepada semua pihak.

Sumber Laporan & Foto: Dr. Shahrizal Mustaffa

  • Created on .
  • Last updated on .
  • Hits: 11