Skip to main content

Hospital USM  |  Kampus Kesihatan

PROSEDUR TAVI BANTU GANTI INJAP AORTA PESAKIT JANTUNG

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 27 Januari 2025 – Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) berjaya melaksanakan prosedur ‘Transcatheter Aortic Valve Implantation’ (TAVI) terhadap dua (2) pesakit yang memerlukan penggantian injap aorta di Makmal Kardiologi Invasif pada 21 Januari lalu.

IMG 20250127 WA0012

IMG 20250127 WA0013

Kedua-dua pesakit ini mengalami stenosis aorta yang teruk di mana rawatan pembedahan secara terbuka tidak sesuai atau terlalu berisiko untuk mereka. Walau bagaimanapun, kedua-dua pesakit ini pulih dengan baik selepas prosedur dan kini dalam pemantauan pasca-prosedur.

IMG 20250127 WA0014

IMG 20250127 WA0011

Selain itu, pembedahan ini juga bertujuan menilai keberkesanan dan keselamatan prosedur TAVI dalam meningkatkan kualiti hidup pesakit selain memperkenalkan teknologi kardiologi canggih kepada profesional perubatan.

IMG 20250127 WA0010

IMG 20250127 WA0016

IMG 20250127 WA0015

Prosedur yang dijalankan menggunakan sistem navitor TAVI FlexNav ini juga turut menjadi platform kepada doktor muda dan jururawat yang terlibat dalam prosedur TAVI meningkatkan kemahiran mereka dalam bidang kardiologi invasif.

Sumber Laporan & Foto: Unit Kardiologi HPUSM

  • Created on .
  • Last updated on .
  • Hits: 38