Skip to main content

Hospital USM  |  Kampus Kesihatan

PROJEK NAIK TARAF SURAU HPUSM TERIMA SUMBANGAN BANK MUAMALAT RM10,000

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 15 Disember 2024 - Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) menerima sumbangan zakat RM10,000 daripada Bank Muamalat Malaysia Berhad bagi projek naik taraf surau hospital, di sini hari ini.

IMG 20241215 WA0008

IMG 20241215 WA0007

Projek naik taraf surau berkenaan bakal bermula dalam masa terdekat bagi menampung lebih 100 jemaah terdiri daripada staf, peneman pesakit dan orang awam yang menggunakan kemudahan itu di HPUSM.

IMG 20241215 WA0010

Sumbangan tersebut diserahkan oleh Ketua Jabatan Kewangan Sosial Bank Muamalat, Zaharuddin Alias kepada Pengarah HPUSM, Profesor Dato' Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab Rahman.

IMG 20241215 WA0011

IMG 20241215 WA0009

Turut hadir dalam sesi penyerahan replika cek tersebut ialah Timbalan Pengarah (Operasi) HPUSM, Profesor Dr. Mohd Imran Yusof; Timbalan Pengarah, Pusat Islam, Kampus Kesihatan USM, Ustazah Amira Abdul Sattar dan Pengurus Deposit Wilayah Timur Bank Muamalat, Wan Hawani Wan Mohamed.

Teks: Rosalwani Che Soh/ Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman

  • Created on .
  • Last updated on .
  • Hits: 29