Skip to main content

Hospital USM  |  Kampus Kesihatan

PROGRAM LIBATSAMA KOMUNITI USM-MERICAN KEKAL FOKUS SANTUNI MASYARAKAT

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 28 Februari 2024 – Sebagai usaha menyediakan perkhidmatan saringan kesihatan komprehensif kepada masyarakat, pasukan Program Libatsama Komuniti Universiti Sains Malaysia (USM) – Merican mengambil inisiatif menyantuni komuniti Mukim Pangkal Meleret, Machang pada 24 Februari lalu.

c33f8953 23ea 42b1 aa56 3f270744fa9a

20f4c131 5c7e 4912 b91c 99ad3b437994

Pelbagai perkhidmatan disediakan sepanjang program berlangsung seperti saringan kesihatan umum, pemeriksaan mata, konsultasi rehabilitasi, pemeriksaan telinga, tekak dan mulut, saringan pendengaran dan pertuturan, pemeriksaan gigi, saringan kanser payudara serta konsultasi orang kelainan upaya (OKU).

Program yang berlangsung di Masjid Mukim Pangkal Meleret itu melibatkan penyertaan sukarelawan pasukan perubatan Hospital USM yang terdiri daripada pakar perubatan, pegawai perubatan, jururawat, pembantu perawatan kesihatan, staf sokongan dan pelajar-pelajar perubatan.

81ead645 e2bd 42b1 9894 a64e9a157706

ef084953 3e85 422f b01c c2f8a1efe1dd

Program ini antara lain bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar perubatan untuk merasai proses pembelajaran di luar dewan kuliah dan premis perawatan.

Kira-kira 160 orang daripada komuniti setempat mendapat manfaat saringan kesihatan melalui program ini dengan hampir separuh daripadanya dikesan menghadapi pelbagai masalah kesihatan dan dirujuk ke hospital-hospital berdekatan termasuk Hospital USM.

cd2acea0 9969 43a9 95ca 07848a4d4fa9

Program ini turut diserikan dengan kehadiran Pengasas Yayasan Merican, Dato' Dr. Mahmood Osman Merican dan isteri, Datin Ragayah Mohd Eusoff. Turut hadir Dekan Pusat Pengajian Sains Perubatan, Profesor Dr. Abdul Razak Sulaiman dan Pengerusi Program Libatsama Komuniti USM – Merican, Profesor Dr. Aziah Daud.

Sumber Laporan & Foto : Dr. Ahmad Mu'az Kamalul Sahar

  • Created on .
  • Last updated on .
  • Hits: 65