Skip to main content

Hospital USM  |  Kampus Kesihatan

PROGRAM ‘INTERNSHIP’ KUKUHKAN HUBUNGAN DUA HALA ANTARA HPUSM DAN AKADEMIK MALAHAYATI

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 11 Disember 2024 - Pelaksanaan program ‘internship’ pelajar kejururawatan Akademik Malahayati, Medan Indonesia di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) pada 8 hingga 16 Disember ini membawa pelbagai manfaat yang signifikan kepada kedua-dua belah pihak.

WhatsApp Image 2024 12 11 at 2.08.46 PM

Program yang turut mendapat kerjasama Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) USM ini melibatkan 20 pelajar bertujuan memberi peluang kepada para pelajar meningkatkan kemahiran dan pengetahuan klinikal selain membantu pelajar memahami budaya kerja dan etika profesional dalam sistem kesihatan.

WhatsApp Image 2024 12 11 at 2.08.46 PM1

Selain itu, program ini juga dapat mengukuhkan hubungan antara Malaysia dan Indonesia selain membuka peluang kolaborasi dalam bidang akademik dan penyelidikan di masa hadapan.

WhatsApp Image 2024 12 11 at 2.08.47 PM

WhatsApp Image 2024 12 11 at 2.08.47 PM2

Program ini juga memberi peluang kepada staf HPUSM untuk berperanan sebagai mentor dan meningkatkan kompetensi mereka dalam mengendalikan program pendidikan antarabangsa.

Sumber Laporan dan Foto: Afidah Aziz

  • Created on .
  • Last updated on .
  • Hits: 68