PROGRAM DERMA DARAH PRA MONSUN 2024 BERJAYA KUMPUL 50 PEK DARAH
USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 17 September 2024 – Sebagai usaha memberi kesedaran kepada warga Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM) tentang kepentingan dan kebaikan menderma darah, Unit Kejururawatan (Bes Pesakit Luar dan Ambulatori) dengan kerjasama Unit Perubatan Transfusi, Hospital USM telah menganjurkan program Derma Darah Pra Monsun 2024: Derma Darah Selamatkan Nyawa pada 10 September lalu.
Program yang berjaya mengumpul 50 beg darah itu bertujuan memastikan stok bekalan darah sentiasa mencukupi berikutan musim tengkujuh yang akan melanda negeri Kelantan pada setiap penghujung tahun selain memastikan perawatan pesakit yang memerlukan bekalan darah kekal optimum.
Inisiatif ini juga dilakukan bagi mendapatkan lebih ramai penderma dalam kalangan staf di samping memberi kesedaran kepada warga USM dan orang awam tentang kepentingan serta kebaikan menderma darah yang mampu menyelamatkan banyak nyawa lain.
Sumber Laporan & Foto: Nik Mohamad Irwan Nik Pa
- Created on .
- Last updated on .
- Hits: 26