Skip to main content

Hospital USM  |  Kampus Kesihatan

PESAKIT KANAK-KANAK HOSPITAL USM TERUJA TERIMA KUNJUNGAN TENGKU PUAN TEMENGGONG KELANTAN

USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 4 Mac 2024 – Pesakit pediatrik Wad 2 Selatan dan 1 Nilam (Unit Rawatan Rapi Neonatal) Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) menerima kunjungan dari Tengku Puan Temenggong Kelantan, Tunku Puan Sri Dato' Hajah Noor Hayati Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, petang semalam.

4c7dad25 7ef2 428d 8aaa 8e89cd28303c

462f0df5 4dfc 4541 9103 e1773508cd70

Dalam sesi ziarah tersebut, Tengku Puan Temenggong Kelantan yang juga Pengasas Yayasan Noor Al-Syakur (YANAS) berkenan mengurniakan sumbangan kepada para pesakit yang sedang menerima rawatan dan diberi penerangan tentang keadaan semasa pesakit oleh pakar pediatrik yang bertugas.

5f1ac2f4 a1b0 46b6 89a4 19b8f4d34e12

938ab1bf 1a15 4107 af51 24352b61788d

Selain itu, Tengku Puan Temenggong Kelantan turut menyampaikan sumbangan berupa cek kepada tiga (3) wakil persatuan iaitu Persatuan Biro Pendidikan, Unit Kejururawatan, Persatuan Kebajikan Pesakit Kanak-Kanak Hospital USM (PEKA) dan Persatuan Jururawat Malaysia (bagi sumbangan iftar petugas di bulan Ramadan 2024).

a299db2f eb82 4a91 8cc7 e848ee73756a

d2c0aa8f 4290 4329 8958 9cc2a9d1cfca

Turut mengiringi Tengku Puan Temenggong Kelantan ialah Pengarah Hospital USM, Dato’ Profesor Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab Rahman, Pensyarah Perubatan yang juga Pakar Pediatrik, Profesor Madya Dr. Ariffin Nasir dan Dr. Mohd Shahrulsalam Mohd Shah serta Ketua Penyelia Jururawat Hospital USM, Cik Maimunah Hasan.

Teks : Wan Nor Azlin Wan Azlan / Foto :  Abdul Hasib Abdul Rahman

  • Created on .
  • Last updated on .
  • Hits: 53