Skip to main content

Hospital USM  |  Kampus Kesihatan

PESAKIT KANSER KANAK-KANAK CERIA TERIMA SUMBANGAN MENJELANG SYAWAL

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 27 Mac 2025 – Bagi menceriakan pesakit kanak-kanak Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) sempena Ramadan dan Syawal yang bakal tiba, Rumah Ronald McDonald's (RRM) di HPUSM dengan kerjasama Kota Bharu Medical Centre (KBMC) telah menyantuni lebih 60 pesakit yang ditempatkan di wad 6 Utara, 6 Selatan dan 2 Selatan, semalam.

WhatsApp Image 2025 03 27 at 7.37.04 AM

WhatsApp Image 2025 03 27 at 7.37.05 AM

Dalam kunjungan itu, RRM di HPUSM dan KBMC turut menyampaikan pek makanan serta beg cenderamata kepada pesakit dan peneman mereka di wad berkenaan.

Keceriaan jelas terpancar di wajah kanak-kanak apabila mereka menerima alat permainan sebagai sebahagian daripada cenderamata yang diberikan.

WhatsApp Image 2025 03 27 at 7.37.05 AM 1

WhatsApp Image 2025 03 27 at 7.37.05 AM 2

Usaha ini diharap dapat membawa kegembiraan serta meringankan beban kesakitan yang ditanggung sekaligus memberi sokongan emosi kepada pesakit kanak-kanak.

Hadir menyampaikan sumbangan ialah Pengurus RRM di HPUSM, Nurul Wahida Harun.

WhatsApp Image 2025 03 27 at 7.37.40 AM

WhatsApp Image 2025 03 27 at 7.37.40 AM 1

Untuk rekod, RRM di HPUSM telah beroperasi sejak tahun 2019 dengan matlamat menyediakan penginapan selesa kepada keluarga pesakit kanak-kanak kurang berkemampuan yang menerima rawatan di HPUSM.

Teks: Rosalwani Che Soh/ Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman

  • Created on .
  • Last updated on .
  • Hits: 6