Skip to main content

Hospital USM  |  Kampus Kesihatan

PEMETAAN DAN BIOPSI NODUS LIMFA SENTINEL NILAI TAMBAH PERKUKUH HOSPITAL USM SEBAGAI HPU RUJUKAN DI PANTAI TIMUR

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 21 Februari 2024 – Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) memberi pendedahan tentang prosedur ‘sentinel lymph node mapping and biopsy’ dalam rawatan kanser payudara selain kesedaran tentang perlindungan sinaran terhadap pekerja kesihatan melalui penganjuran seminar 'The Art and Science Of Sentinel Lymph Node Mapping And Biopsy: A Journey Towards New Service Creation At Hospital USM', hari ini.

Seminar anjuran Jabatan Perubatan Nuklear, Radioterapi dan Onkologi, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) USM itu antara lain bertujuan menghebahkan perkhidmatan pemetaan dan biopsi nodus limfa sentinel yang mula diteroka untuk rawatan kanser payudara di Hospital USM sejak tahun 2018.

IMG 20240221 WA0016

IMG 20240221 WA0018

Timbalan Pengarah (Infrastruktur dan Aset), Hospital USM, Dr. Mohamed Ashraf Mohamed Daud dalam ucapannya berkata, Hospital USM merupakan Hospital Pengajar Universiti (HPU) yang menjadi pusat rujukan utama perkhidmatan Perubatan Nuklear, Radioterapi dan Onkologi di Pantai Timur.

IMG 20240221 WA0021

IMG 20240221 WA0017

“Prosedur pemetaan dan biopsi nodus limfa sentinel tidak akan dapat dilaksanakan tanpa inisiatif dan kerjasama yang erat antara pakar perubatan daripada tiga (3) jabatan iaitu Pakar Perubatan Nuklear, Dr. Norazlina Mat Nawi, Pakar Bedah Payudara, Profesor Madya Dr. Maya Mazuwin Yahya dan Pakar Patologi Payudara, Profesor Madya Dr. Wan Faiziah Wan Abdul Rahman.

IMG 20240221 WA0020

“Gabungan tiga (3) kepakaran dan bantuan teknologi terkini telah memberi nilai tambah bagi prosedur ini di Hospital USM dengan penggunaan mesin Gamma Probe dan SPECT/CT," katanya.

Ashraf yang mewakili Pengarah Hospital USM berkata, perkhidmatan gabungan teknologi dan kepakaran ini banyak membantu pesakit kanser payudara dalam mengesan perebakan kanser ke nodus limfa ‘cancer staging’, seterusnya mengurangkan masa dan komplikasi pembedahan.

“Gamma Probe merupakan alat yang sangat membantu semasa pembedahan kerana keupayaannya untuk mengesan radioaktiviti bagi tujuan pemetaan.

“Kombinasi bahan radioaktif dan ‘blue dye’ yang disuntik telah meningkatkan kadar pengesanan oleh Gamma Probe sehingga lebih daripada 98 peratus (%),” jelasnya lagi.

Ashraf berharap agar seminar ini dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dan membantu dalam penambahbaikan perkhidmatan rawatan kanser di Hospital USM.

IMG 20240221 WA0019

Turut hadir ialah Timbalan Dekan Pengajian Siswazah dan Latihan Ikhtisas, PPSP, Profesor Dr. Irfan Mohamad; Ketua Jabatan, Jabatan Perubatan Nuklear, Radioterapi dan Onkologi, PPSP, Dr. Norazlina Mat Nawi dan Pengerusi Jawatankuasa Seminar, Dr. Nurul Syamimi Suhaimi.

Teks: Marlina Zahari / Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman

  • Created on .
  • Last updated on .
  • Hits: 22