Skip to main content

Hospital USM  |  Kampus Kesihatan

PEMERIKSAAN KESIHATAN PERCUMA SEMPENA 'OSH DAY' PERKUKUH KERJASAMA ANTARA AGENSI

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 7 Mei 2024 – Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) terus melebarkan jaringan kerjasama dengan mengadakan pemeriksaan kesihatan dan derma darah sempena Sambutan Hari Sedunia bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH DAY) anjuran Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), semalam.

IMG 20240507 WA0015

Program yang disertai lebih 60 orang staf MARDI itu diadakan sebagai tanda sokongan dalam mementingkan keselamatan, kesihatan dan kebajikan para pekerja sempena sambutan ‘OSH DAY’ yang disambut pada 2 April di seluruh dunia.

IMG 20240507 WA0018

Hospital USM juga diberi peluang untuk menyampaikan ceramah melalui slot Bicara Doktor: Tips Pencegahan Penyakit Tiga (3) Serangkai Membantu Produktiviti Kerja yang disampaikan oleh Pegawai Perubatan, Klinik Rawatan Keluarga, Dr. Nur Syuhada Roslan.

IMG 20240507 WA0018

Melalui ceramah tersebut, Dr. Nur Syuhada berkongsi maklumat bahawa tahap kesihatan 175,526 pekerja di negara ini yang berusia 40 tahun ke atas berada dalam keadaan membimbangkan kerana berdasarkan hasil saringan kesihatan yang dilakukan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dari tahun 2023 hingga 29 Februari lalu mendapati 59.59 peratus (%) memiliki kolestrol tinggi, manakala 23.52% bergelut dengan isu berat badan berlebihan atau obesiti.

IMG 20240507 WA0019

IMG 20240507 WA0016

Selain itu, sebanyak 20.45% pekerja pula berdepan penyakit darah tinggi (hypertension) serta 19.91% menghidap penyakit kencing manis (diabetes) dan amat penting bagi semua individu untuk mencegah serta melakukan saringan awal kesihatan bagi mencegah penyakit tiga (3) serangkai untuk meningkatkan produktiviti kerja serta kualiti hidup yang lebih baik.

Sumber Laporan & Foto: Dr. Norhayati Mohamad

  • Created on .
  • Last updated on .
  • Hits: 32