Skip to main content

Hospital USM  |  Kampus Kesihatan

OUTLET MAKANAN BAHARU UNTUK KEMUDAHAN PELAWAT HOSPITAL USM DIBUKA

9fcfe609 dc2f 4179 80e5 851b0581ced2

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 11 Januari 2024 – Sebagai usaha memberi kemudahan dan keselesaan kepada pelawat dan pesakit Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), Unit Pembangunan Korporat Hospital USM mengambil inisiatif menjadi nadi penggerak projek penyediaan prasarana perkhidmatan penyewaan kafeteria atau kiosk di Hospital USM.

76991996 adda 48fd a3cd a9105f1dddf2
Penyewaan ruang kafeteria atau kiosk di Hospital USM adalah salah satu inisiatif Pengurusan Hospital USM untuk memenuhi keperluan dalam membekalkan makanan dan minuman yang halal, sihat dan bersih kepada warga USM dan pengunjung yang semakin meningkat saban hari.

23ebc6b7 1544 4399 923c 9b979057f778
Pengurusan Hospital USM juga melihat perkara ini sebagai satu peluang bagi mencapai aspirasi universiti dalam aspek penjanaan selain memberi peluang kerjasama perniagaan kepada masyarakat luar.

d5d66bd4 f41c 474d b770 d68b03091925
Pengarah Hospital USM, Dato’ Profesor Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab Rahman meluangkan masa merasmikan Kafeteria KB Brewster @ Hospital USM hari ini yang mula beroperasi berhampiran Taman Permainan, Kompleks Klinik Pakar Hospital USM. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengurus Kafeteria KB Brewster @ Hospital USM, Muhammad Mahir Che Hassan; Penyelaras Unit Pembangunan Korporat, Profesor Dato’ Dr. Ab Rahman Izaini Ghani @ Ab Ghani dan Timbalan Pengarah Kanan, Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti, Ir. Engku Nazli Engku Mohd Ariffin.

Teks: Marlina Zahari /Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman

  • Created on .
  • Last updated on .
  • Hits: 55