Skip to main content

Hospital USM  |  Kampus Kesihatan

MAIN PERANAN PENTING, PPK PELENGKAP PASUKAN PERAWAT HOSPITAL USM: NIK HISAMUDDIN

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 1 November 2023 – “Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) merupakan jawatan yang tidak kurang pentingnya dalam setiap jabatan kerana peranan mereka sebagai pelengkap kepada pasukan perawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (USM),” demikian kata Pengarah Hospital USM, Dato’ Profesor Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab. Rahman.

5370801d d3cd 4271 b7c2 d9a0041f4e45

Menurut beliau, pengurusan Hospital USM sentiasa menghargai pengorbanan dan keringat yang dicurahkan oleh PPK dari semasa ke semasa tidak kira dari aspek pencucian mahupun membantu dalam jagarawatan pesakit.

“Anda semua bukan sahaja berfungsi sebagai pembantu, sebaliknya pelengkap kepada proses perawatan di hospital dan pusat perubatan yang lain.

“Saya juga berpendapat aspek integriti perlu dititikberatkan agar PPK Hospital USM sentiasa berdisiplin bagi mencapai kecemerlangan daripada pelbagai sudut.

625171c7 fdd6 4c96 a521 5f11189de869

“Ini kerana, PPK yang berintegriti tinggi akan sentiasa bertanggungjawab dengan amanah serta tugasan yang telah ditetapkan dan seterusnya menzahirkannya ke arah kecemerlangan,” ujarnya semasa menyampaikan ucapan sempena Sambutan Hari PPK 2023 di Auditorium Blok Pentadbiran Hospital USM, hari ini.

00ee606d f6a5 4895 a07c 327ce432a5e1

Tambah Nik Hisamuddin, integriti dan disiplin bukan difokuskan kepada PPK sahaja, malah perlu dititiberatkan oleh semua kakitangan Hospital USM supaya dapat memberikan khidmat terbaik kepada pelanggan.

7e1718f9 d8af 4ad5 8c74 dba4b8adbf29

“Dengan jumlah PPK seramai 626 orang di Hospital USM dan merupakan bilangan PPK paling ramai berbanding pusat kesihatan yang lain di Malaysia, saya percaya mereka mampu menampilkan USM yang “hebat” di mata masyarakat.

“Tanggungjawab PPK tidak kurang pentingnya dalam aspek penjagaan kesihatan dan keselamatan pesakit kerana setiap daripada kita mempunyai sumbangan dan peranan yang unik kepada USM,” jelasnya lagi.

26003288 c487 4cc0 a59d ffb34e171e8d

Nik Hisamuddin turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua PPK Hospital USM yang telah menggembleng tenaga dalam melaksanakan perawatan dan proses kerja PPK berjalan lancar dari dulu sehingga kini.

7d07cf3f a230 4912 a750 a6ce6a6e2a9a

”Terima kasih juga kepada Unit Kejururawatan yang telah bertindak selari dengan matlamat universiti iaitu melahirkan PPK yang berkemahiran tinggi dan menjadi rujukan organisasi luar,” katanya.

ddff302e 6b47 4a03 838b d0eebd751091

Sambutan Hari PPK mula diperkenalkan pada tahun 2019 dan disambut pada 1 November di peringkat kebangsaan. Tahun ini, moto “Integriti dan Disiplin Asas Kecemerlangan Profesion” dipilih sebagai tema sambutan.

c481a373 d8a3 4420 b903 4865b5e969a3

Turut hadir ialah Timbalan Pengarah (Insfrastruktur dan Aset), Dr. Mohamed Ashraf Mohamed Daud; Ketua Penyelia Jururawat, Unit Kejururawatan Hospital USM, Wan Marina Wan Sulaiman dan Pembantu Perawatan Kesihatan Kanan, Mohd Zuhil Muhammad.

Teks : Wan Nor Azlin Wan Azlan dan Muhammad Aqeel Mohamad (Pelajar Latihan Industri UiTM) / Foto : Abdul Hasib Abdul Rahman

  • Created on .
  • Last updated on .
  • Hits: 391