LEGASI BAHARU GALAS TANGGUNGJAWAB PERKUKUH JENAMA HPUSM
USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 12 Januari 2025 - Mantan Pengarah Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM), Dato’ Profesor Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab Rahman hari ini secara rasmi membuat penyerahan tugas kepada Profesor Dato' Dr. Ab. Rahman Izaini Ghani @ Ab. Ghani yang menggalas amanah dan tanggungjawab selaku Pengarah HPUSM berkuat kuasa 1 Januari 2025 hingga 31 Disember 2027.
Majlis penyerahan tugas yang diadakan secara ringkas itu turut disertai lebih 100 staf HPUSM yang diadakan di Auditorium Blok Pentadbiran HPUSM.
Tugas dan kepimpinan terdahulu perlu diteruskan oleh legasi baharu dalam usaha memacu kecemerlangan dan meningkatkan perkhidmatan hospital.
Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Timbalan Pengarah (Klinikal), Profesor Dr. Zaidi Zakaria; Timbalan Pengarah (Digital), Dr. Ariffin Marzuki Mokhtar dan Timbalan Pengarah (Pentadbiran), Mohd Saberi Mohd Yusoff.
Seluruh warga HPUSM merakamkan penghargaan dan terima kasih serta mendoakan segala urusan kedua-dua pemimpin ini dipermudahkan.
Biar jasa jadi kenangan, tiada yang dahulu maka tiadalah yang sekarang.
Teks: Rosalwani Che Soh/ Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman
- Created on .
- Last updated on .
- Hits: 18