Skip to main content

Hospital USM  |  Kampus Kesihatan

LATIHAN KLINIKAL PERKUKUH KERJASAMA DUA HALA HPUSM DAN HoSZA

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 2 Mac 2025 – Bagi menghargai komitmen staf Hospital Universiti Sultan Zainal Abidin (HoSZA) yang telah menjalani latihan di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM), satu Majlis Penghargaan Tamat Latihan telah diadakan pada 27 Februari lalu di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 3, Blok Pentadbiran HPUSM.

1000116130

Latihan ini bertujuan meningkatkan kemahiran klinikal peserta selain memberi pendedahan kepada amalan hospitaliti di HPUSM. Selain itu, ia juga menjadi platform mendapatkan maklum balas yang boleh digunakan untuk penambahbaikan program latihan pada masa hadapan di samping mempromosikan program ‘Latihan Swasta’ yang dikendalikan oleh Unit Pembangunan Korporat HPUSM.

1000116132

Untuk kumpulan pertama ini, seramai lima (5) orang staf HoSZA telah menjalani latihan kemahiran klinikal di Makmal Kardiologi Invasif HPUSM dan latihan ini akan diteruskan secara berperingkat untuk kumpulan berikutnya.

1000116136

1000116134

Program latihan swasta ini mencerminkan komitmen HPUSM dalam memperkukuhkan hubungan kerjasama dengan HoSZA. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengarah HPUSM, Profesor Dato' Dr. Ab Rahman Izaini Ghani @ Ab Ghani dan Timbalan Pengarah (Korporat dan Kelestarian) HPUSM merangkap Pengarah Program, Profesor Dr. Shatriah Ismail.

Sumber Laporan & Foto: Muhammad Hazimin Abdullah

  • Created on .
  • Last updated on .
  • Hits: 14