KUNJUNGAN HORMAT PENGURUSAN HPUSM KEPADA NAIB CANSELOR BINCANG HALA TUJU HPUSM
USM, PULAU PINANG, 3 Februari 2025- Pengurusan baharu Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) mengadakan sesi kunjungan hormat kepada Naib Canselor USM, Profesor Dato' Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed di pejabat beliau, hari ini.
Kunjungan yang diketuai oleh Pengarah HPUSM, Profesor Dato' Dr. Ab. Rahman Izaini Ghani @ Ab. Ghani turut disertai oleh Timbalan - Timbalan Pengarah HPUSM, Timbalan Bendahari dan Timbalan Pengarah Kanan Pembangunan berlangsung selama satu (1) jam dalam suasana santai dan ceria.
Antara topik perbincangan yang diketengahkan ialah perancangan hala tuju jangka pendek dan sederhana HPUSM, projek Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13), usaha kelestarian dan pemerkasaan agenda APEX di HPUSM.
Sumber Laporan & Foto: Azharuddin Abdul Aziz
- Created on .
- Last updated on .
- Hits: 52