Skip to main content

Hospital USM  |  Kampus Kesihatan

KUMPULAN MALVEST AGIH SUMBANGAN KEPADA STAF, PELAJAR DAN PESAKIT HOSPITAL USM

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 4 April 2024 - Nilai keharmonian yang tinggi dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa terbukti dengan keprihatinan masyarakat yang bukan beragama Islam turut serta berkongsi rezeki bagi membantu umat Islam daripada golongan asnaf menikmati keberkatan bulan Ramadan.

Universiti Sains Malaysia (USM) menerusi Pusat Islam Kampus Kesihatan, hari ini berbesar hati menerima wang tunai, makanan kering dan keperluan dapur harian sumbangan Kumpulan Malvest.

IMG 20240404 WA0023

IMG 20240404 WA0024

Sumbangan ini akan diagihkan kepada 600 orang penerima terdiri daripada staf, pelajar, ahli kariah masjid terpilih dan pesakit yang sedang menerima rawatan di wad Hospital USM.

IMG 20240404 WA0029

Menurut Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaiful Bahari Ismail, sumbangan tersebut menjadi bukti kepada keharmonian, kesatupaduan dan kecaknaan masyarakat kita terhadap golongan yang kurang bernasib baik merentas agama dan kepercayaan masing masing.

IMG 20240404 WA0030

"Sebagai komuniti yang berpegang teguh pada nilai-nilai keilmuan dan kemanusiaan, adalah menjadi kewajipan kita untuk memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan.

 IMG 20240404 WA0027

IMG 20240404 WA0026

"Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada Kumpulan Malvest di atas sumbangan ini dan saya berharap semoga ianya bukan sekadar memberi manfaat daripada segi material tetapi juga membawa kehangatan emosi dan harapan kepada para penerima", katanya ketika berucap di Majlis Penyerahan Sumbangan Kebajikan Bulan Ramadan USM dan Kumpulan Malvest.

IMG 20240404 WA0025

IMG 20240404 WA0028

Shaiful Bahari turut menyeru warga USM untuk terus memperkukuh semangat tolong-menolong dan sentiasa prihatin serta menjadikan Ramadan tahun ini sebagai titik permulaan untuk terus membantu dan peka terhadap mereka yang berada di sekeliling.

Turut hadir mengedarkan sumbangan tersebut dan menyantuni pesakit di wad ialah Pengarah Hospital USM, Dato’ Profesor Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab Rahman, Pengarah Urusan Kumpulan Malvest, Tan Kian Boon dan Timbalan Pengarah, Pusat Islam Kampus Kesihatan, Amira Abd Sattar @ Ismail.

Teks : Wan Nor Azlin Wan Azlan /Foto : Abdul Hasib Abdul Rahman

  • Created on .
  • Last updated on .
  • Hits: 15