KRK MUNCUL JUARA PROGRAM KELESTARIAN HOSPITAL USM
USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 2 September 2024 - Klinik Rawatan Keluarga (KRK) muncul sebagai juara Pertandingan Kelestarian Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) fasa kedua dalam Majlis Anugerah Lestari yang berlangsung di Auditorium Blok Pentadbiran Hospital USM, hari ini.
Kemenangan itu melayakkan KRK membawa pulang piala pusingan, plak dan sijil penghargaan. Tempat kedua pula disandang oleh Dewan Bedah Am manakala tempat ketiga dimenangi oleh Unit Kejururawatan.
Pertandingan ini melibatkan pelbagai jabatan, wad dan makmal Hospital USM antaranya Unit Kerja Sosial Perubatan, Unit Rekod Perubatan, Unit Pematuhan dan Pengurusan Risiko, Unit Hemodialisis, Jabatan Forensik, Wad Akik, Wad Baiduri termasuk Unit Kejururawatan.
Sesi penyampaian hadiah kepada pemenang disempurnakan oleh Timbalan Pengarah (Infrastruktur dan Aset) Hospital USM, Dr. Mohamed Ashraf Mohamed Daud yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kelestarian Hospital USM.
Untuk rekod, program kelestarian ini anjuran Bahagian Kelestarian Kampus di bawah naungan Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) USM.
Melalui pendekatan ini, ia menekankan konsep Pejabat Hijau dan juga 17 Matlamat Pembangunan Lestari. Konsep Pejabat Hijau ialah pendekatan lestari dan mesra alam yang melibatkan pelaksanaan amalan dan dasar yang mengurangkan kesan alam sekitar dalam amalan dan penggunaan seharian di pejabat.
Teks: Rosalwani Che Soh/ Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman
- Created on .
- Last updated on .
- Hits: 23