Skip to main content

Hospital USM  |  Kampus Kesihatan

KPT SERAH TANGKI MENARA DAN RUMAH PAM AIR KEPADA HOSPITAL USM

USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 31 Januari 2024 – Dalam usaha meningkatkan prasarana baharu yang akan memberi kesejahteraan kepada warga kerja dalam melaksanakan penyampaian perkhidmatan terbaik kepada rakyat, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menyerahkan satu lagi projek siap sepenuhnya iaitu tangki menara dan rumah pam air kepada Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), hari ini.

IMG 20240131 WA0041

Infrastuktur bekalan air sedia ada di Hospital USM hanya mampu menampung bekalan air selama 36 jam sekaligus tidak memenuhi keperluan ‘Malaysian Society for Quality in Health’ (MSQH) di mana sesebuah hospital perlu mempunyai tampungan bekalan air selama 72 jam.

IMG 20240131 WA0042

Justeru, projek tangki menara dan rumah pam air ini dilaksanakan kerana ia mampu memenuhi keperluan 72 jam yang merangkumi binaan sebuah tangki menara konkrit berkapasiti 1,200,000 liter dan dua (2) buah tangki sedut ‘hot dipped galvanised’ (HDP) berkapasiti 300,000 liter setiap satu tangki termasuk sistem penapisan, sistem pam dan rumah pam air dengan peruntukan sebanyak RM4.3 juta.

IMG 20240131 WA0044

Majlis menandatangani dokumen penyerahan Projek Siap Pembinaan Tangki Menara dan Rumah Pam Air, Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia kepada pelanggan ini telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah, JKR Negeri Kelantan, Ir. Haji Nik Soh Yaacoub dan Timbalan Setiausaha Bahagian Pembangunan, KPT, Dr. Fary Akmal Osman diikuti simbolik penyerahan replika tangki menara kepada pihak pelanggan daripada wakil KPT, Dr. Fary Akmal kepada Pengarah Hospital USM, Dato’ Profesor Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab Rahman.

IMG 20240131 WA0045

IMG 20240131 WA0043

Penyerahan sijil penghargaan kepada Kijang Prima sebagai kontraktor utama, Teras Teguh sub kontraktor (Mekanikal) dan K & M Desa Sdn. Bhd. sub kontraktor (Elektrik) turut diadakan sempena majlis tersebut.

Pihak pengurusan Hospital USM mengucapkan jutaan terima kasih kepada KPT yang meluluskan peruntukan dalam usaha merealisasikan projek ini bagi menyelesaikan isu kegagalan bekalan air yang menjadi nadi utama dalam pengoperasian Hospital USM.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Yang Menjalankan Fungsi Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaiful Bahari Ismail; Timbalan Pengarah (Klinikal), Hospital USM, Profesor Dr. Zaidi Zakaria; Timbalan Pengarah (Infrastruktur dan Aset), Hospital USM, Dr. Mohamed Ashraf Mohamed Daud; Jurutera Bangunan, JKR Jajahan Kota Bharu, Ir. Ts. Noor Maziana Mazlam dan Ketua Jurutera, Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti, Kampus Kesihatan USM, Rozilah Hamzah.

Teks: Marlina Zahari/ Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman

  • Created on .
  • Last updated on .
  • Hits: 74