Skip to main content

Hospital USM  |  Kampus Kesihatan

KESIHATAN FIZIKAL, MENTAL DAN EMOSI YANG BAIK JAMIN KESEJAHTERAAN TENAGA KERJA

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 16 Oktober 2024 - ‘Workforce Well-Being’ atau Kesejahteraan Tenaga Kerja merupakan tema Sambutan Hari Bius Sedunia pada tahun ini yang menekankan kesejahteraan tenaga kerja bukan sahaja merujuk kepada aspek fizikal, tetapi juga melibatkan kesejahteraan mental dan emosi.

WhatsApp Image 2024 10 16 at 2.44.59 PM 1

Dalam era globalisasi dan kemajuan teknologi kini, kita perlu memastikan setiap pekerja berada dalam suasana persekitaran kerja yang selamat, sihat dan menyokong perkembangan diri staf itu sendiri.

Timbalan Pengarah (Operasi), Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM), Profesor Dr. Mohd Imran Yusof yang mewakili Pengarah HPUSM dalam ucapannya berkata, kecemerlangan sesebuah organisasi terletak pada aset utamanya iaitu modal insan.

"Modal insan yang dimiliki ini mestilah berilmu, memiliki kemahiran yang bersesuaian dan berfikiran strategik serta memiliki nilai-nilai yang sesuai serta relevan dengan peredaran masa dan perubahan persekitaran.

WhatsApp Image 2024 10 16 at 2.44.58 PM

"Sebagaimana yang diketahui umum, doktor bius bukan sahaja memainkan peranan kritikal dalam prosedur pembiusan tetapi juga dalam pengurusan kesakitan dan pemulihan pesakit selepas pembedahan," katanya ketika merasmikan Sambutan Hari Bius Sedunia Peringkat HPUSM di Jabatan Anestesiologi, di sini hari ini.

Tambahnya, kesihatan fizikal, kestabilan mental dan emosi semua staf amat penting dalam memastikan penyampaian perawatan terbaik dan berkesan diberikan kepada semua pesakit di HPUSM.

"Di samping itu juga, matlamat sambutan Hari Bius Sedunia pada tahun ini adalah untuk membina ukhuwah, meningkatkan persefahaman dan memupuk semangat kerja berpasukan dalam kalangan warga kerja Jabatan Anestesiologi dan Rawatan Intensif HPUSM.

WhatsApp Image 2024 10 16 at 2.44.58 PM 1

"Oleh yang demikian, saya berharap semangat muhibah dan pemuafakatan dapat dipupuk menerusi sambutan ini yang biasanya disambut setiap tahun di Jabatan Anestesiologi dan Rawatan Intensif," katanya lagi.

Beliau turut menzahirkan ucapan tahniah kepada semua ahli jawatankuasa penganjur atas kesungguhan dalam menjayakan sambutan program itu.

"Semoga program seumpama ini terus mendapat sambutan yang baik daripada anggota-anggota kesihatan dan orang awam kerana tanpa penglibatan semua pihak, agak sukar untuk kita menyampaikan mesej kepada orang awam.

WhatsApp Image 2024 10 16 at 2.44.59 PM

Hadir sama dalam program tersebut ialah Timbalan Pengarah (Sistem Pengurusan) HPUSM, Dr. Ariffin Marzuki Mokhtar; Ketua Jabatan, Jabatan Anestesiologi dan Rawatan Intensif, Profesor Madya Dr. Wan Mohd Nazaruddin Wan Hassan dan Pengerusi Sambutan Hari Bius Sedunia HPUSM, Dr. Nurul Aifaa’ Mohd Azmi.

Teks: Rosalwani Che Soh/ Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman

  • Created on .
  • Last updated on .
  • Hits: 24