Skip to main content

Hospital USM  |  Kampus Kesihatan

JURURAWAT PEMANGKIN KUASA EKONOMI PERAWATAN MASA HADAPAN

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 28 Mei 2024 – “Ibarat aset penggerak di dalam sistem perkhidmatan kesihatan, jururawat sentiasa komited memberi sokongan kepada tugas doktor, kebajikan pesakit serta pengurusan hospital dalam memastikan kelancaran sistem perkhidmatan kesihatan,” demikian penghargaan oleh Pengarah Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), Dato’ Profesor Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab Rahman kepada para jururawat Hospital USM.

0e93315d 42d3 4da9 b578 2be2a436b244

43c0daf9 78ef 4fab 8fb7 5cd8f136af7f

Menurut beliau, seiring dengan tema sambutan Hari Jururawat Sedunia 2024 yang disambut pada 12 Mei setiap tahun iaitu ‘Our Nurses. Our Future. The economic power of care’, beliau menyeru semua jururawat USM mendalami maksud tema tersebut secara berfokus kepada pendekatan tugas jururawat itu sendiri.

“Seperti yang kita tahu, jururawat Hospital USM bertanggungjawab dalam menyampaikan perkhidmatan perawatan pesakit menerusi perkhidmatan pesakit dalam, perkhidmatan pesakit luar dan lain-lain yang melengkapi proses pengubatan dan perawatan pesakit (pelanggan utama hospital).

8a33ffbe 6137 44cf b512 edccfc32bd16

9cbe9bda 1f41 49cc 8374 3631e89a376a

“Saya mohon para jururawat Hospital USM berkhidmat berlandaskan nilai ikhlas dan adil yang telah dipilih sebagai nilai Hospital USM untuk diterapkan dalam setiap aktiviti dan perkhidmatan. Bekerja dengan niat yang ikhlas kerana Allah SWT akan menjadikan kerja sebagai satu ibadah dan amal jariah yang pahalanya akan dituai di akhirat kelak,” katanya ketika menyampaikan ucapan sempena Sambutan Hari Jururawat Sedunia 2024 Peringkat Hospital USM, hari ini.

Nik Hisamuddin berkata, beliau juga melihat terjemahan tema sambutan pada tahun ini kepada nilai yang perlu disampaikan oleh jururawat melalui perawatan pesakit iaitu memberi perkhidmatan terbaik kepada pesakit setara dengan latihan yang telah disediakan oleh kerajaan.

68e1f64f 62fc 4669 8894 1d370f89760c

84f239ef 88ad 4eec 89ee 2d76de393871

“Dengan semua kemudahan dan pelatihan yang telah disediakan oleh kerajaan, jururawat perlu sentiasa komited memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat bersesuaian dengan penyakit dan kondisi yang dihidapi tanpa mengira jantina, bangsa serta agama.

“Layanilah pesakit sebaiknya sebagaimana kita mahu ahli keluarga kita sendiri dilayan dengan baik ketika dirawat di hospital,” jelasnya lagi.

fa5069fa fe78 4d0e a32e ccec22315a00

88aede48 fc30 4f95 8f41 2ea7925ab4b4

Nik Hisamuddin juga berharap agar semua jururawat USM terus cemerlang dan menjadi contoh terbaik sepanjang masa.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Timbalan Pengarah (Operasi), Hospital USM, Profesor Dr. Mohd Imran Yusof; Timbalan Pengarah (Sistem Pengurusan), Hospital USM, Dr. Ariffin Marzuki Mokhtar dan Ketua Penyelia Jururawat Hospital USM, Maimunah Hasan.

Teks: Wan Nor Azlin Wan Azlan /Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman

  • Created on .
  • Last updated on .
  • Hits: 42