Skip to main content

Hospital USM  |  Kampus Kesihatan

JAGA GIGI SEDARI KECIL PEMINDAHAN ILMU KESIHATAN ORAL DARI USM KEPADA KOMUNITI

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 7 Ogos 2024 - Biarpun terpaksa menaiki bot dari Pasir Kelang, Kuala Krai dan kemudian menaiki pacuan empat roda yang mengambil masa lebih dua (2) jam ke Kampung Bahagia, namun demi menyampaikan pengetahuan dan membantu golongan komuniti pedalaman, Universiti Sains Malaysia (USM) menerusi Pusat Pengajian Sains Pergigian (PPSG) dengan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) MediCOM Malaysia mengambil inisiatif menganjurkan Program Komuniti di Kampung Bahagia, Kuala Krai pada 20 Julai lalu.

IMG 20240807 WA0012

Penganjuran program itu dilaksanakan bagi mendidik kanak-kanak sejak di awal usia mengenai kepentingan menjaga kebersihan dan kesihatan gigi. Dalam program terbabit, seramai 78 peserta didedahkan dengan sesi perkongsian mengenai kesihatan pergigian yang berlangsung melalui perbincangan kumpulan kecil antara pelajar pergigian dan kanak-kanak kampung tersebut.

IMG 20240807 WA0009

IMG 20240807 WA0011

Pertandingan mewarna bertemakan pemeriksaan gigi secara berkala, latihan memberus gigi yang betul, teknik menjaga kesihatan mulut dan mencegah penyakit gigi turut diadakan.

IMG 20240807 WA0010

IMG 20240807 WA0013

Rata-rata peserta memberi respon positif mengenai program berkenaan kerana memberi peluang kepada mereka untuk mendapatkan perkhidmatan pergigian yang sukar diperoleh memandangkan kawasan terbabit merupakan lokasi terpencil serta tidak mempunyai akses yang mudah kepada rawatan pergigian.

IMG 20240807 WA0014

Di samping itu, penganjuran program ini juga dapat meningkatkan pengetahuan mengenai kesihatan pergigian dan memperkukuh hubungan antara institusi pendidikan dan masyarakat bagi kesinambungan aktiviti komuniti lain pada masa akan datang.

Sumber Laporan & Foto: Dr. Hafizah Ibrahim

  • Created on .
  • Last updated on .
  • Hits: 6