Skip to main content

Hospital USM  |  Kampus Kesihatan

'HYPERBARIC CHAMBER ANIMAL’ INOVASI BAHARU PENYELIDIKAN PEMULIHAN HAIWAN

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 3 Februari 2025 – Pusat Penyelidikan dan Perkhidmatan Haiwan, Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM) kini mempunyai 'Hyperbaric Chamber Animal' pertama di Malaysia untuk penyelidikan rawatan perubatan haiwan.

IMG 20250203 WA0002

IMG 20250203 WA0003

IMG 20250203 WA0004

Mesin ini digunakan untuk penyelidikan yang melibatkan hiper-oksigenasi, pengurangan edema serta pemulihan selepas kecederaan. Selain itu, ia juga digunakan untuk membangunkan terapi oksigen hiperbarik (HBOT) veterinar termasuk rawatan untuk jangkitan, penyembuhan luka dan kecederaan tisu.

IMG 20250203 WA0005

IMG 20250203 WA0007

Ketua Unit Perubatan Hiperbarik, Hospital Pakar USM (HPUSM), Dato’ Profesor Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab Rahman telah menyampaikan taklimat mengenai fungsi dan manfaat dalam mempercepatkan pemulihan dan meningkatkan kualiti hidup haiwan yang menggunakan mesin ini.

IMG 20250203 WA0008

IMG 20250203 WA0009

Kos pembangunan HCA yang dianggarkan sekitar RM150,000 ini merupakan pelaburan penting dalam memajukan penyelidikan kesihatan haiwan. Inisiatif ini bakal membuka peluang baharu untuk memahami keperluan spesifik dalam penjagaan haiwan sambil mempercepatkan proses pemulihan selepas kecederaan.

IMG 20250203 WA0006

Pembangunan ruang atau mesin ini dijangka memberi impak besar kepada industri veterinar untuk meningkatkan kualiti rawatan dan menyumbang kepada inovasi dalam bidang perubatan haiwan.Teks: Marlina Zahari/ Foto: UKAST & Abdul Hasib Abdul Rahman

  • Created on .
  • Last updated on .
  • Hits: 32