Skip to main content

Hospital USM  |  Kampus Kesihatan

HPUSM DAN NGO HULUR BANTUAN RINGANKAN BEBAN PESAKIT KANSER MENJELANG SYAWAL

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 26 Mac 2025 – Breast Cancer Awareness and Research Unit (BestARI), Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) dengan kerjasama pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) seperti Majlis Kanser Nasional (MAKNA), Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA), Cancer Survivor Malaysia (CSM) dan Urusetia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita (UKEKWA) telah mengadakan program Santuni Pesakit Kanser Payudara, hari ini.

1000122718

1000122720

Program ini bertujuan memberi sokongan moral, emosi dan bantuan kewangan kepada 72 pesakit kanser melalui lawatan dan penyampaian sumbangan kepada pesakit wad 3 Utara, Klinik BestARI, dan Klinik Nuklear, Onkologi dan Radioterapi di HPUSM.

1000122722

1000122724

Unit BestARI dan UKEKWA menyumbangkan kelengkapan asas solat sebagai tanda keprihatinan mereka manakala PAPISMA, MAKNA dan CSM turut menghulurkan sumbangan duit raya bagi membantu meringankan beban kewangan pesakit.

1000122726

Program ini bukan sekadar memberi bantuan keperluan harian kepada pesakit tetapi juga bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kanser payudara serta memberi maklumat berkenaan sokongan kebajikan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Kelantan.

1000122728

Inisiatif ini merupakan satu langkah proaktif dalam meningkatkan kualiti hidup pesakit kanser di Kelantan sekaligus memberi mereka harapan dan sokongan berterusan.

  • Created on .
  • Last updated on .
  • Hits: 9