Skip to main content

Hospital USM  |  Kampus Kesihatan

HOSPITAL USM TERIMA SUMBANGAN RM500,000 HARGAI KOMITMEN BERTERUSAN YAYASAN UEM BANTU PESAKIT

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 12 Mei 2024 – Bagi membantu meringankan beban pesakit kurang berkemampuan, Yayasan UEM terus komited menjalinkan kerjasama untuk tahun keenam berturut-turut bersama Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) dengan menyalurkan sumbangan sebanyak RM500,000 melalui Yayasan UEM ‘Medical Assistance Programme’ 2024.

IMG 20240512 WA0032

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Pengarah Urusan UEM Group Berhad merangkap Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan UEM, Dato' Haji Mohd Izani Ghani kepada Pengarah Hospital USM, Dato' Profesor Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab Rahman dalam satu majlis penyerahan replika cek yang berlangsung di Mercu UEM, KL Sentral, Kuala Lumpur pada 18 April lalu.

IMG 20240512 WA0030

Komitmen berterusan Yayasan UEM sejak tahun 2019 telah menjadikan jumlah keseluruhan yang diterima oleh Hospital USM adalah sebanyak RM2.68 juta di mana seramai 456 pesakit telah menerima manfaat daripada sumbangan ini.

IMG 20240512 WA0031

Turut menerima sumbangan dalam majlis yang sama ialah ialah Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) dan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Penyelaras Unit Pembangunan Korporat, Profesor Dato’ Dr. Ab Rahman Izaini Ghani @ Ab Ghani; Timbalan Pendaftar Kanan, Mohd Saberi Mohd Yusoff; Ketua Unit, Unit Kerja Sosial Perubatan, Shamsul Amri Sallehuddin dan Penolong Pendaftar, Unit Pembangunan Korporat, Wan Fadhlullah Farhan Wan Fauzi.

Sumber Laporan & Foto: Wan Fadhlullah Farhan Wan Fauzi & Shamsul Amri Sallehuddin

  • Created on .
  • Last updated on .
  • Hits: 238