Skip to main content

Hospital USM  |  Kampus Kesihatan

HOSPITAL USM TERIMA 800 KOTAK MINYAK TYT TRADISI CSR HYH PHARMA SDN BHD

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 4 September 2024 – Syarikat Hong Yang Hoo (HYH) Pharma Sdn Bhd meneruskan tradisi program tanggungjawab sosial (CSR) syarikat itu dengan menyampaikan sumbangan 800 kotak minyak TYT kepada bayi baharu lahir di Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), hari ini.

IMG 20240904 WA0020

Timbalan Pengarah (Operasi), Profesor Dr. Mohd Imran Yusof mewakili Pengarah Hospital USM menerima sumbangan yang disampaikan oleh Pengarah Pemasaran, Syarikat Hong Yang Hoo Pharma Sdn Bhd, Sebastian Ong.

IMG 20240904 WA0021

Sumbangan tersebut akan diagihkan melalui Ketua Jururawat Wad Bersalin untuk diberikan kepada ibu-ibu yang melahirkan bayi di Hospital USM di samping memperkenalkan produk minyak TYT keluaran syarikat berkenaan.

IMG 20240904 WA0022

IMG 20240904 WA0019

Turut hadir ialah Pengarah Pemasaran (Kelantan), Syarikat Hong Yang Hoo Pharma Sdn Bhd, Ooi Sacred Hwa, Penyelia-penyelia Jururawat dan Ketua Jururawat, Wad 2 Topaz Hospital USM.

Teks: Rosalwani Che Soh/ Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman

  • Created on .
  • Last updated on .
  • Hits: 35