Skip to main content

Hospital USM  |  Kampus Kesihatan

HOSPITAL USM PERLU SEGERA WUJUDKAN PERKHIDMATAN PEMBEDAHAN ROBOTIK

KOTA BHARU, KELANTAN, 24 Jun 2024 -Teknologi kecerdasan buatan (AI) dan robotik mampu menjana ekonomi berikutan dapat meningkatkan produktiviti, mengurangkan kos dan memberi banyak kesan positif kepada pesakit.

IMG 20240624 WA0003

Pembedahan robotik juga merupakan antara teknologi yang terbaik dan termoden selain turut membantu pesakit pulih dengan lebih cepat berbanding pembedahan secara konvensional yang mengambil masa lebih lama.

IMG 20240624 WA0004

Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaiful Bahari Ismail berkata, hasrat Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) untuk mewujudkan perkhidmatan pembedahan robotik perlu disegerakan supaya ia dapat meningkatkan reputasi dan memberi impak positif kepada latihan kepakaran dan perkhidmatan pesakit dalam banyak bidang pembedahan.

IMG 20240624 WA0002

"Ini memandangkan kebanyakan hospital dan universiti awam serta swasta telah menyediakan perkhidmatan tersebut sejak lebih dari 10 tahun lepas.

IMG 20240624 WA0006

"Maka, kita berharap agar usaha untuk mewujudkan perkhidmatan robotik ini dapat dilaksanakan segera memandangkan ia turut memberi harapan kepada pesakit untuk kualiti kehidupan yang lebih baik," katanya ketika ditemu bual selepas merasmikan Persidangan Urologi (USMUC) kali ke-5 di Hotel The Grand Renai, di sini, semalam.

IMG 20240624 WA0001

Terdahulu dalam ucapannya, Shaiful berkata, pada abad ke-21, perkembangan luar biasa telah berlaku dalam kecerdasan buatan (AI).

IMG 20240624 WA0007

"AI boleh menganalisis sejumlah besar data daripada kajian imej, rekod pesakit dan maklumat genetik untuk membantu dalam pengesanan awal, diagnosis dan perancangan rawatan untuk keadaan urologi seperti kanser prostat, batu karang dan jangkitan saluran kencing,” ujarnya lagi.

IMG 20240624 WA0009

Menurut Shaiful, dalam bidang pembedahan robotik, AI boleh mengoptimumkan aliran kerja pembedahan, meningkatkan kawalan instrumen dan memberikan maklum balas yang jelas kepada pakar bedah, meningkatkan ketepatan dan kecekapan prosedur pembedahan dengan menggunakan bantuan robot.

“Saya berharap melalui persidangan ini pelbagai perkongsian ilmu dan maklumat diketengahkan untuk ditambah baik di tempat masing-masing agar bidang urologi juga dapat menggunakan perkhidmatan AI yang jauh lebih baik jika dibandingkan dengan perkhidmatan konvensional sebelum ini,” katanya.

IMG 20240624 WA0008

IMG 20240624 WA0005

Turut hadir ialah Ketua Jabatan, Jabatan Surgeri, Pusat Pengajian Sains Perubatan, USM, Prof. Madya Dr. Maya Mazuwin Yahya; Timbalan Pengarah (Infrastruktur dan Aset) Hospital USM yang juga Pakar Perunding Kanan Urologi, Dr. Mohamed Ashraf Mohamed Daud; Pengerusi Program USMUC kali ke-5, Dr. Ahmad Faiz Najmuddin dan Timbalannya, Dr. Muhammad Faeid Othman.

Teks: Rosalwani Che Soh@Yusoff / Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman

  • Created on .
  • Last updated on .
  • Hits: 4