Skip to main content

Hospital USM  |  Kampus Kesihatan

HOSPITAL USM DEKATI PELAJAR SEKOLAH SEBAGAI USAHA BAWA PERKHIDMATAN KESIHATAN KEPADA KOMUNITI LUAR BANDAR

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 22 Ogos 2024 – Dalam usaha membawa perkhidmatan pendidikan kesihatan kepada komuniti luar bandar, Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Unit Klinikal turun ke lapangan menyantuni para pelajar dan guru Sekolah Menengah Kebangsaan Salor menerusi Program Lestari Kesihatan Warga SMK Salor dan Peluncuran Kempen Amalan Pemakanan Sihat SMK Salor 2024, semalam.

WhatsApp Image 2024 08 22 at 12.13.36 PM

WhatsApp Image 2024 08 22 at 12.13.29 PM

WhatsApp Image 2024 08 22 at 12.13.53 PM

Program yang disertai 482 pelajar dan 70 orang guru itu bertujuan ⁠memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan bahaya merokok dan ‘vaping’, kesihatan seksual dan reproduktif berkaitan sentuhan selamat serta perubahan anggota badan apabila meningkat remaja.

WhatsApp Image 2024 08 22 at 12.13.32 PM

WhatsApp Image 2024 08 22 at 12.13.34 PM

Selain itu, ia juga bertujuan memberi pendedahan tentang amalan pemakanan sihat bagi melahirkan remaja yang sihat, cergas, cerdas dan cemerlang selain memupuk semangat para pelajar untuk meminati dan sukses dalam pelajaran melalui ceramah pengenalan kepada personaliti untuk pilihan kerjaya.

WhatsApp Image 2024 08 22 at 12.13.38 PM

WhatsApp Image 2024 08 22 at 12.13.49 PM

WhatsApp Image 2024 08 22 at 12.13.50 PM

Antara pengisian program yang dijalankan ialah saringan kesihatan asas, saringan risiko payudara, ceramah pemakanan sihat, ceramah personaliti vs kerjaya dan pelbagai pameran.

WhatsApp Image 2024 08 22 at 12.13.42 PM

Hadir merasmikan program ini ialah Timbalan Pengarah Klinikal Hospital USM merangkap Pengerusi Program ‘Mobile Community Service’: KPT Prihatin Madani, Profesor Dr. Zaidi Zakaria.

Sumber Laporan & Foto: Dr. Norhayati Mohamad

  • Created on .
  • Last updated on .
  • Hits: 10