Skip to main content

Hospital USM  |  Kampus Kesihatan

HOSPITAL RAKAN BAYI: PENILAIAN SEMULA PENSIJILAN, KOMITMEN USM PROMOSI PENYUSUAN SUSU IBU

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 23 September 2024 – Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) melaksanakan Penilaian Semula Pensijilan Hospital USM sebagai Hospital Rakan Bayi 2024 selama tiga (3) hari bermula hari ini dan berakhir pada 25 September ini.

Penilaian semula ini penting bagi memastikan Hospital USM terus memenuhi kriteria yang ditetapkan dalam Polisi Penyusuan Susu Ibu khususnya berkaitan pelaksanaan 10 langkah dan empat (4) perkara dalam inisiatif penyusuan susu ibu.

WhatsApp Image 2024 09 23 at 2.50.19 PM 2

WhatsApp Image 2024 09 23 at 2.50.19 PM 1

Penilaian melibatkan kawasan tumpuan utama iaitu Bilik Bersalin, Wad 2 Topaz, 2 Baiduri, 2 Akik, Klinik Obstetrik dan Ginekologi, Jabatan Kecemasan serta zon penyusuan yang terlibat.

Lima (5) panel penilai yang hadir ialah Pakar Pediatrik Hospital Raja Perempuan Zainab II, Dr. Rozitah Razman; Pakar Pediatrik Hospital Kemaman, Terengganu, Dr. Siti Munawaarah Kamal; Pensyarah ‘Kuliyyah of Nursing’, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Siti Fatimah Saat; Pegawai Sains Pemakanan, Pejabat Kesihatan Daerah Dungun, Terengganu, Nor Fadzila Jusoh dan wakil Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKN Kelantan), Wan Hazirah Wan Mohamed.

WhatsApp Image 2024 09 23 at 2.50.19 PM

WhatsApp Image 2024 09 23 at 2.50.20 PM

Hospital USM telah diiktiraf sebagai Hospital Rakan Bayi sejak tahun 1998 dan merupakan hospital universiti pertama menerima pengiktirafan tersebut. Sejak itu, pelbagai usaha telah dilakukan bagi mewujudkan suasana yang menyokong amalan penyusuan susu ibu di hospital ini. Kejayaan menyusukan bayi secara eksklusif selama enam (6) bulan dan meneruskan sehingga bayi berumur dua (2) tahun telah terbukti secara saintifik memberi impak positif terhadap kesihatan mental dan fizikal bayi serta kanak-kanak.

Pengarah Hospital USM, Dato' Profesor Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab Rahman turut meluangkan masa menyantuni para penilai usai Majlis Pembukaan Semula Pensijilan Hospital USM sebagai Hospital Rakan Bayi 2024 selain turut berharap agar status pensijilan ini dikekalkan agar Hospital USM dapat meneruskan promosi dan bantuan kepada ibu-ibu yang memerlukan bantuan penyusuan susu ibu.

WhatsApp Image 2024 09 23 at 2.50.21 PM

WhatsApp Image 2024 09 23 at 2.50.20 PM 1

Turut hadir ialah Penyelaras Unit Laktasi, Hospital USM, Profesor Madya Dr. Zaharah Sulaiman; Pengerusi I Jawatankuasa Hospital Rakan Bayi USM, Profesor Madya Dr. Noraida Ramli; Ketua Unit Pemakanan dan Dietetik Hospital USM, Wan Rimei Salha Wan Abdul Rani dan Yang Menjalankan Fungsi Ketua Penyelia Jururawat, Hospital USM, Norhayati Mohamad.

Teks: Muhd Zulkifli Zakaria / Foto: Wan Mohd Rashidi Wan Mood

  • Created on .
  • Last updated on .
  • Hits: 19