HANNAN MEDISPA SUMBANG INKUBATOR NEONATAL KEPADA HPUSM
USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 1 Disember 2024 - Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) menerima dua (2) unit inkubator neonatal sumbangan Hannan Medispa Sdn. Bhd. dalam satu majlis khas yang diadakan di Bilik Sumber, Blok Pembelajaran dan Sumber Pelajar (BPSP), Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM), hari ini.
Sumbangan itu diserahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Hannan Medispa Sdn. Bhd., Dr. Mohd Hanan Mohd Yusof kepada Timbalan Pengarah (Infrastruktur dan Aset) HPUSM, Dr. Mohamed Ashraf Mohamed Daud mewakili Pengarah HPUSM.
Sumbangan tersebut bertujuan memperkukuh perkhidmatan penjagaan bayi pramatang di Unit Neonatal, HPUSM selain mengeratkan kerjasama antara sektor swasta dan institusi kesihatan.
Pihak pengurusan HPUSM merakamkan penghargaan kepada Hannan Medispa Sdn. Bhd. atas inisiatif murni yang mencerminkan komitmen terhadap kesejahteraan komuniti. Semoga kerjasama ini terus berkembang untuk manfaat semua pihak.
Teks: Faridatul Aswani Ahmad Zidan/ Foto: Wan Mohd Rashidi Wan Mood
- Created on .
- Last updated on .
- Hits: 35