Skip to main content

Hospital USM  |  Kampus Kesihatan

FIT MALAYSIA PERINGKAT HOSPITAL USM MERIAH DENGAN TEMA KEMERDEKAAN

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 22 Ogos 2024 - Program Fit Malaysia Kota Bharu Peringkat Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) berlangsung meriah dengan tema Kemerdekaan Negara kali ke-67, hari ini.

IMG 20240822 WA0033

IMG 20240822 WA0034

Seramai 130 peserta terdiri daripada staf Unit Pentadbiran dan Kemudahan Am, Unit Klinikal, Unit Kejururawatan, Jabatan Bendahari, Unit Pembangunan Korporat, Pejabat Pengarah Hospital USM, Jabatan Keselamatan Zon Hospital serta Pusat Media dan Perhubungan Awam menyertai program itu dengan mengenakan pakaian sukan bermotifkan Jalur Gemilang.

IMG 20240822 WA0036

IMG 20240822 WA0035

Acara senamrobik dimeriahkan dengan lagu patriotik bagi menyemarakkan sambutan merdeka di samping menjaga kesihatan dan mengeluarkan peluh. Acara turut dimeriahkan dengan kibaran Jalur Gemilang yang diagihkan diakhir persembahan serta cabutan bertuah.

IMG 20240822 WA0038

IMG 20240822 WA0037

Turut hadir dalam program tersebut ialah Timbalan Pengarah (Klinikal) Hospital USM, Profesor Dr. Zaidi Zakaria; Timbalan Pengarah (Infrastruktur dan Aset) Hospital USM, Dr. Mohamed Ashraf Mohamed Daud dan Timbalan Pendaftar Kanan Hospital USM, Mohd Saberi Mohd Yusoff.

Teks: Rosalwani Che Soh/ Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman

  • Created on .
  • Last updated on .
  • Hits: 15