Skip to main content

Hospital USM  |  Kampus Kesihatan

PENDEDAHAN KESIHATAN ORAL PPKI MENERUSI KHIDMAT MASYARAKAT KLINIK BERGERAK USM

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 13 Oktober 2024 – Murid berkeperluan khas merupakan antara golongan yang diberi perhatian khusus oleh pihak kerajaan. Menyedari hakikat tersebut, Pusat Pengajian Sains Pergigian, Universiti Sains Malaysia (USM) telah menganjurkan program ‘Mobile Community Services’ KPT Prihatin Madani Gigi Sihat Senyuman Memikat di Sekolah Kebangsaan Demit 2, Panji, pada 2 Oktober lalu.

WhatsApp Image 2024 10 13 at 11.46.19 AM

WhatsApp Image 2024 10 13 at 11.46.20 AM 1

Program ini diadakan khusus untuk murid-murid berkeperluan khas masalah pembelajaran atau lebih dikenali dengan murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Murid-murid ini merangkumi mereka yang mempunyai masalah pembelajaran yang juga diklasifikasikan sebagai orang kurang upaya (OKU) seperti kurang upaya intelek (slow learner), autistik, lembam dan sindrom Down.

WhatsApp Image 2024 10 13 at 11.46.20 AM

Program ini bertujuan meningkatkan keyakinan murid-murid berkeperluan khas untuk mendapatkan rawatan gigi di samping memberi penekanan tentang kesihatan oral kanak-kanak.

WhatsApp Image 2024 10 13 at 11.46.22 AM

WhatsApp Image 2024 10 13 at 11.46.21 AM 1

Program ini turut menyediakan perkhidmatan saringan kesihatan gigi di Klinik Pergigian Bergerak (mobile bus) Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia. Ibu bapa atau penjaga yang hadir berpeluang mengiringi anak-anak melakukan pemeriksaan gigi di klinik tersebut. Seramai 26 orang murid telah mendapatkan pemeriksaan dan sembilan (9) orang daripadanya dirujuk ke klinik pergigian berdekatan kediaman mereka.

WhatsApp Image 2024 10 13 at 11.46.21 AM

Antara pengisian program yang dijalankan ialah pameran pergigian, ceramah mengenai penjagaan gigi anak-anak dan keperluan mendapatkan pemeriksaan gigi, sesi interaktif mengenai penekanan tentang kesihatan dan kebersihan gigi serta banyak lagi.

Sumber Laporan & Foto: Dr. Siti Aishah Zainal

  • Created on .
  • Last updated on .
  • Hits: 9