Skip to main content

Hospital USM  |  Kampus Kesihatan

ECWW PLATFORM TINGKATKAN KESEDARAN KESIHATAN WANITA

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 4 November 2024 – Bagi meningkatkan kesedaran tentang isu kesihatan wanita serta memperkukuh hubungan antara Universiti Sains Malaysia (USM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Badan Amal Kebajikan Angkatan Tentera (BAKAT) TUDM, program Kesihatan Wanita Pantai Timur atau ‘East Coast Womens Wellness’ (ECWW) telah diadakan di Pangkalan TUDM Gong Kedak, Terengganu, pada 29 Oktober lalu.

IMG 20241104 WA0026

IMG 20241104 WA0029

Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang program tersebut berlangsung antaranya ceramah kesihatan, pemeriksaan kesihatan percuma, demonstrasi penyelamatan kebakaran dan banyak lagi.

IMG 20241104 WA0030

IMG 20241104 WA0027

Program yang disertai hampir 120 peserta ini diharap dapat meningkatkan kesedaran mengenai isu-isu kesihatan yang penting bagi wanita khususnya di Pantai Timur selain memberi impak positif kepada kesejahteraan komuniti pada masa hadapan.

IMG 20241104 WA0028

IMG 20241104 WA0025

Hadir merasmikan program ini ialah Timbalan Dekan Libatsama Industri - Komuniti dan Pembangunan, Pusat Pengajian Sains Perubatan USM, Profesor Dr. Wan Hazabbah Wan Hitam. Turut hadir ialah Ketua Biro Agama dan Pendidikan merangkap wakil Pengerusi BAKAT, Norzirawati Mustafa dan Ketua Unit Pusat Kesedaran dan Penyelidikan Kanser Payudara (BestARi) Hospital Pakar USM merangkap Penasihat ECWW, Profesor Madya Dr. Maya Mazuwin Yahya.

Sumber Laporan dan Foto: Dr. Siti Fatimah Noor Mat Johar

  • Created on .
  • Last updated on .
  • Hits: 20