Skip to main content

Hospital USM  |  Kampus Kesihatan

DERMA DARAH RAMADAN BANTU KEKALKAN STOK BEKALAN DARAH HPUSM

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 24 Mac 2025 – Program derma darah sempena bulan Ramadan yang diadakan di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) pada 20 Mac lalu mendapat sambutan menggalakkan apabila seramai 91 individu tampil menderma darah.

WhatsApp Image 2025 03 24 at 3.43.12 PM

Program anjuran Jabatan Perubatan Kecemasan, Jabatan Perubatan Penyakit Dalam, Jabatan Kejururawatan dengan kerjasama Unit Klinikal ini bertujuan memastikan bekalan darah mencukupi sepanjang Ramadan serta membantu menyelamatkan nyawa pesakit yang memerlukan.

WhatsApp Image 2025 03 24 at 3.43.12 PM1

WhatsApp Image 2025 03 24 at 3.43.12 PM2

Selain itu, program yang berlangsung di Foyer Blok Pentadbiran HPUSM ini juga bertujuan memupuk kesedaran kesihatan, menggalakkan semangat kebajikan serta membudayakan amalan kesukarelawanan dalam kalangan masyarakat untuk tampil menderma darah.

WhatsApp Image 2025 03 24 at 3.43.13 PMProgram ini merupakan pendekatan serampang dua mata dimana ia bukan sahaja membantu mengekalkan stok darah sepanjang tahun, malah turut mengeratkan hubungan silaturahim dalam komuniti selain memberi manfaat yang lebih besar kepada masyarakat.

WhatsApp Image 2025 03 24 at 3.43.14 PM

Hadir sama dalam program ini ialah Ketua Jabatan Perubatan Penyakit Dalam, Profesor Madya Dr. Wan Mohd Izani Wan Mohamed; Ketua Jabatan Perubatan Kecemasan, Profesor Madya Dr. Mohd Hashairi Fauzi dan Ketua Jabatan Kejururawatan, Norhayati Mohamad.

WhatsApp Image 2025 03 24 at 3.43.13 PM1

Sumber Laporan & Foto: Dr. Shahrizal Mustaffa

  • Created on .
  • Last updated on .
  • Hits: 7