Skip to main content

Hospital USM  |  Kampus Kesihatan

DBLS PERTINGKAT KEMAHIRAN WARGA KAMPUS HADAPI BENCANA

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 21 Oktober 2024 - Bagi meningkatkan kemahiran staf dalam menghadapi bencana banjir ketika Monsun Timur Laut, satu kursus ‘Disaster Basic Life Support’ (DBLS) diadakan pada 18 dan 19 Oktober lalu, di Auditorium Jabatan Trauma, Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM).

WhatsApp Image 2024 10 21 at 11.53.26 AM

WhatsApp Image 2024 10 21 at 11.53.26 AM 1

DBLS merupakan kursus persiapan menghadapi bencana yang dianjurkan oleh Pusat Pengurusan Bencana (PPB) yang kini dikenali sebagai Unit Pengurusan Bencana (UPB), Kampus Kesihatan dengan kerjasama Jabatan Perubatan Kecemasan dan Jabatan Psikiatri, Pusat Pengajian Sains Perubatan, USM. Kursus ini juga adalah sebagai persediaan sukarelawan bagi menghadapi bencana di lapangan kelak.

Seramai 60 peserta mewakili pelbagai pusat tanggungjawab (PTJ) serta wakil pelajar Kampus Kesihatan USM mengikuti kursus berkenaan.

WhatsApp Image 2024 10 21 at 11.53.28 AM

WhatsApp Image 2024 10 21 at 11.53.25 AM 1

Program ini dikendalikan oleh pakar bidang dalam pelbagai disiplin dan sasarannya adalah untuk melengkapkan para peserta dengan asas-asas tindakan serta rangkaian kolaborasi bersama pelbagai agensi berwajib dan badan sukarela sekiranya berhadapan dengan situasi bencana khususnya banjir yang pada kebiasaanya berlaku setiap hujung tahun di Pantai Timur.

WhatsApp Image 2024 10 21 at 11.53.25 AM

WhatsApp Image 2024 10 21 at 11.53.27 AM

USM amat komited dalam mempelopori pembangunan pelbagai modul latihan berkaitan pengurusan bencana dan menyalurkan ilmu yang berkaitan kepada semua pihak termasuk komuniti sekitar.

Pendedahan ilmu serta kemahiran yang diperoleh semasa mengikuti kursus DBLS diharap dapat dimanfaatkan sebaik mungkin dan dikongsikan bersama warga PTJ serta kumpulan pelajar yang lain.

WhatsApp Image 2024 10 21 at 11.53.27 AM 1

WhatsApp Image 2024 10 21 at 11.53.27 AM 2

Hadir merasmikan kursus DBLS ialah Pengarah Institut Penyelidikan Perubatan Molekul (INFORMM) mewakili Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Madya Dr. Aziah Ismail.

Sumber Laporan: Azizah Mohd Yasin/ Foto: Unit Fotografi UKAST

  • Created on .
  • Last updated on .
  • Hits: 33