Skip to main content

Hospital USM  |  Kampus Kesihatan

CEGAH KEMALANGAN JALAN RAYA TANGGUNGJAWAB BERSAMA

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 21 November 2024 – Kemalangan jalan raya menjadi isu yang semakin kritikal di negara kita dan menunjukkan peningkatan saban tahun.

Berdasarkan data Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), peratusan kemalangan jalan raya yang menyebabkan kematian dan kecederaan meningkat sebanyak 16 peratus (%) pada setiap bulan sepanjang tahun 2023.

IMG 20241121 WA0007

Menurut Timbalan Pengarah JPJ Negeri Kelantan, Mohd Apandi@Sanusi Jusof, nahas jalan raya merupakan penyebab kematian utama di Malaysia.

“Secara purata sebanyak 500,000 kemalangan jalan raya dicatat dengan purata 6,330 nyawa terkorban setiap tahun, 18 kematian setiap hari dan kehilangan satu (1) nyawa setiap 84 minit di Malaysia.

IMG 20241121 WA0008

“Daripada jumlah itu, penunggang motosikal direkodkan paling tinggi terlibat dalam kemalangan jalan raya iaitu 68.6 %, diikuti dengan kereta sebanyak 64.4% dan pejalan kaki sebanyak 59.9%,” katanya ketika berucap merasmikan Sambutan Hari Memperingati Mangsa Kemalangan Jalan Raya Sedunia Peringkat Negeri Kelantan 2024 di Auditorium Blok Pentadbiran Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM), hari ini.

Beliau berkata, berdasarkan statistik kemalangan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia, sehingga September 2024 sejumlah 470,416 kemalangan berlaku di seluruh Malaysia.

IMG 20241121 WA0009

“Daripada jumlah itu, 4,837 kematian telah direkodkan dan penunggang motosikal mencatat jumlah kematian paling tinggi.

“Situasi ini menunjukkan penekanan terhadap keselamatan jalan raya perlu diperkukuh secara berkesan dan berterusan di setiap peringkat lapisan masyarakat.

IMG 20241121 WA0010

“Usaha ini memerlukan sokongan daripada semua pihak untuk mengamalkan sikap pemanduan yang berhemah dan sentiasa berwaspada demi mencegah kemalangan jalan raya,” jelasnya lagi.

Mohd Apandi turut berharap agar sambutan pada hari ini bukan hanya menjadi saat untuk mengenang mangsa kemalangan jalan raya tetapi juga sebagai satu seruan kepada semua supaya lebih berhati-hati di jalan raya.

IMG 20241121 WA0005

Sementara itu, Pengarah HPUSM, Dato’ Profesor Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab Rahman pula berkata, sebagai sebuah hospital pakar, HPUSM sering menjadi saksi kepada kisah-kisah pilu dan perjuangan mangsa kemalangan jalan raya.

“Bukan hanya mangsa yang tercedera, tetapi keluarga, rakan-rakan dan masyarakat juga turut terkesan.

IMG 20241121 WA0006

“Sambutan pada hari ini sangat bertepatan bagi memberi peluang kepada semua pihak untuk meningkatkan kesedaran tentang pentingnya keselamatan jalan raya dan mematuhi peraturan sebagai tanggungjawab bersama,” ujarnya.

Tambah Nik Hisamuddin, HPUSM adalah antara institusi yang memainkan peranan penting dalam memberi rawatan segera kepada mangsa kemalangan.

IMG 20241121 WA0014

IMG 20241121 WA0011

“Pada tahun 2022 dan 2023, HPUSM telah menerima sebanyak 1,400 kes berkait kemalangan jalan raya setiap tahun manakala sehingga bulan Oktober 2024, sebanyak 1,300 kes telah direkodkan.

IMG 20241121 WA0012

IMG 20241121 WA0013

“Kes-kes ini melibatkan pelbagai kepakaran dan jabatan seperti Jabatan Kecemasan, Ortopedik, Neurosains, Surgeri dan beberapa jabatan lain lagi dan HPUSM sentiasa berusaha memastikan perkhidmatan kecemasan dan rawatan selepas kemalangan dapat diberikan dengan pantas dan berkesan,” katanya lagi.

Lebih 300 orang peserta terdiri daripada ketua dan wakil agensi persekutuan dan negeri di Kelantan, para pengusaha ‘e-hailing’ serta warga HPUSM hadir memeriahkan Sambutan Hari Memperingati Mangsa Kemalangan Jalan Raya Sedunia Peringkat Negeri Kelantan 2024 yang dianjurkan oleh JPJ Negeri Kelantan dengan kerjasama HPUSM.

IMG 20241121 WA0015

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Kelantan, DSP Ganti Jimmy; Ketua Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Dr. Mohd Yusuf Md. Akhir dan Setiausaha Kerja, Majlis Keselamatan Jalan Raya Negeri Kelantan, Muhammad Riyadhul Hanif Abdullah.

Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel / Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman

  • Created on .
  • Last updated on .
  • Hits: 18