CEGAH INFLUENZA: PETUGAS KESIHATAN HOSPITAL USM TERIMA SUNTIKAN VAKSINASI
USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 22 Februari 2024 – Umum mengetahui petugas barisan hadapan sesebuah hospital adalah benteng utama untuk memastikan perkhidmatan kesihatan dan proses perawatan berjalan dengan lancar.
Selaras dengan keadaan tersebut, semua petugas kesihatan barisan hadapan Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) diberi suntikan vaksin influenza untuk melindungi mereka daripada penyakit selain mengekang penularan jangkitan.
Sebanyak 1,496 vaksin influenza dibekalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kepada petugas barisan hadapan Hospital USM yang mula diberi suntikan pada 18 Februari lalu menerusi Program Vaksinasi Influenza Staf Kesihatan Hospital USM.
Program yang berlangsung selama dua (2) minggu sehingga 29 Februari ini memberi fokus kepada semua petugas kesihatan di kawasan kritikal seperti Jabatan Perubatan Kecemasan, Klinik Rawatan Keluarga (KRK), ‘Intensive Care Unit’ (ICU), ‘Critical Care Unit’ (CCU) dan ‘Neonatal Intensive Care Unit’ (NICU).
Program yang dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah (Infrastruktur dan Aset) Hospital USM, Dr. Mohamed Ashraf Mohamed Daud itu antara lain sebagai tanda sokongan kepada agenda kelestarian Hospital USM di bawah ‘Kesihatan dan Keselamatan Staf’.
Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel / Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman
- Created on .
- Last updated on .
- Hits: 23