Skip to main content

Hospital USM  |  Kampus Kesihatan

C-NER-G MENANG ANUGERAH KHAS JURI KIK UNIVERSITI AWAM

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 27 Ogos 2024 - Kumpulan C-NER-G dari Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Khas Juri bagi Kategori Penyampaian Perkhidmatan dan membawa pulang piala beserta sijil dalam Konvensyen Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat Universiti Awam yang berlangsung pada 7 hingga 8 Ogos lalu.

IMG 20240827 WA0043

Konvensyen yang berlangsung di Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) itu turut menampilkan satu lagi kumpulan dari Hospital USM iaitu Reborn Rehab.

IMG 20240827 WA0042

Kumpulan C-NER-G disertai 10 orang ahli serta mempertaruhkan 'C-NER-G Adapter' yang berfungsi menggalakkan pertumbuhan granulasi tisu dalam kes perawatan luka terbuka dalam sebagai produk mereka bagi membantu pesakit.

IMG 20240827 WA0044

Pengarah Hospital USM, Dato’ Profesor Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab Rahman hari ini berpeluang menyantuni kumpulan ini dan menitipkan kata-kata semangat untuk mereka meneruskan perjuangan ke peringkat yang lebih tinggi.

IMG 20240827 WA0045

Teks: Muhd Zulkifli Zakaria / Foto: Wan Mohd Rashidi Wan Mood

  • Created on .
  • Last updated on .
  • Hits: 10