Skip to main content

Hospital USM  |  Kampus Kesihatan

BIZARA SUMBANG ‘GOODIES BAG’ DAN DUIT RAYA CERIAKAN PESAKIT KANAK-KANAK 6 UTARA

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 2 Mei 2024 – Pesakit kanak-kanak Wad 6 Utara (Onkologi), Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), hari ini menerima sumbangan ‘goodies bag’ dan duit raya daripada Bizara Special Needs Education cawangan Panji.

IMG 20240502 WA0020

IMG 20240502 WA0021

Sumbangan tersebut diagihkan oleh Pengasas Bizara Special Needs Education, Wan Zakaria Abu Bakar diiringi Profesor Madya Dr. Norsarwany Mohamad yang mewakili Ketua Jabatan Pediatrik.

IMG 20240502 WA0022

IMG 20240502 WA0023

Bizara Special Needs Education merupakan pusat asuhan bagi kanak-kanak orang kelainan upaya (OKU) mengambil pendekatan melakukan program ini bagi menceriakan pesakit kanak-kanak yang sedang menerima rawatan di samping meringankan beban yang dialami mereka.

IMG 20240502 WA0024

IMG 20240502 WA0025

Turut hadir ialah Pakar Pediatrik, Profesor Madya Dr. Ariffin Nasir, Penyelia-Penyelia Jururawat dan Ketua Jururawat Wad 6 Utara.

Teks: Muhd Zulkifli Zakaria / Foto : Wan Mohd Rashidi Wan Mood

  • Created on .
  • Last updated on .
  • Hits: 50