Skip to main content

Hospital USM  |  Kampus Kesihatan

BERTUGAS PADA 1 SYAWAL BUKAN HALANGAN RAIKAN HARI KEMENANGAN

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 31 Mac 2025 - Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) setiap tahun tanpa pernah gagal mengadakan sambutan hari raya bagi meraikan staf yang bertugas pada 1 Syawal.

1000124451

1000124453

1000124455

Walaupun berada di tempat kerja, staf dapat merasai kemeriahan sambutan hari raya dengan hidangan yang disediakan bersama rakan sekerja, menjadikan hari raya lebih bermakna.

1000124458

1000124461

1000124464

Hari Raya bukan hanya untuk bersama keluarga tetapi juga untuk meraikan semangat kekitaan dan dedikasi. Pengorbanan setiap staf yang bertugas bagi memastikan pesakit terus menerima rawatan terutama pada hari yang penuh keberkatan ini amat dihargai.

1000124467

1000124470

1000124474

Sambutan hari raya pada hari ini bukan hanya memberi semangat kepada staf, tetapi juga mengeratkan hubungan kekeluargaan sesama mereka. Walaupun tidak dapat bersama keluarga di rumah, mereka dapat merasai kemeriahan 1 Syawal dengan hidangan dan suasana penuh keakraban dalam kalangan rakan sekerja

1000124478

1000124481

1000124486

Turut hadir meraikan staf yang bertugas pada hari ini ialah Timbalan Pengarah (Infrastruktur dan Aset) HPUSM, Dr. Mohamed Ashraf Mohamed Daud; Timbalan Pengarah (Korporat dan Kelestarian) HPUSM, Profesor Dr. Shatriah Ismail; Timbalan Pengarah (Digital) HPUSM, Dr. Ariffin Marzuki Mokhtar dan Ketua Jabatan Kejururawatan, Norhayati Mohamad.

Teks: R. Alia Fazni R. Azmi / Foto: Ihsan Jabatan Kejururawatan HPUSM.

  • Created on .
  • Last updated on .
  • Hits: 19