Skip to main content

Hospital USM  |  Kampus Kesihatan

BAWA HOSPITAL KEPADA KOMUNITI, USM PERHEBAT KEMPEN PEMERIKSAAN AWAL KANSER PAYUDARA

PASIR MAS, KELANTAN, 1 Oktober 2023 - Universiti Sains Malaysia (USM), Kampus Kesihatan menerusi Unit Kesedaran dan Penyelidikan Kanser Payudara (BestARi) dan Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Majlis Kanser Nasional (MAKNA) dan Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan menganjurkan Karnival Kesejahteraan Payudara Negeri Kelantan atau 'Kelantan Wellness Breast Carnival' (KWBC) hari ini.
 
Karnival bertemakan 'Kesan Sebelum Kesal: Sihat dan Cantik Cegah Penyakit’ berlangsung selama dua (2) hari di Kompleks Apam Putra, di sini.
 
IMG 20231001 WA0013
 
IMG 20231001 WA0011
 
Menurut Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin, karnival ini bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan diri dan kesejahteraan payudara.
 
"Selain itu, ia juga merupakan platform di mana masyarakat dapat menerima maklumat atau advokasi penyakit secara langsung serta penting untuk tujuan pencegahan penyakit.
 
IMG 20231001 WA0015
 
“Karnival ini dilengkapi dengan peralatan untuk pemeriksaan lanjut yang biasanya hanya terdapat di hospital seperti mesin mammogram dan mesin 'ultrasound'," ujar beliau semasa berucap merasmikan karnival tersebut.
 
Tambah Shaharum, berdasarkan statistik, kes yang telah disahkan menghidap kanser payudara di USM menunjukkan peningkatan dengan purata 100 kes setahun.
 
IMG 20231001 WA0017
 
"Dalam 100 wanita yang mendapat kanser, satu (1) daripadanya adalah lelaki. Sehubungan itu, golongan lelaki amat digalakkan untuk tampil membuat pemeriksaan kerana pemeriksaan mammogram juga boleh dilakukan terhadap lelaki," katanya lagi.
 
IMG 20231001 WA0012
 
Shaharum turut berharap supaya karnival seperti ini dijadikan acara tahunan agar semakin ramai berpeluang menikmati kemudahan yang disediakan terutama golongan asnaf dan B40 kerana ia tidak ubah seperti membawa hospital kepada komuniti.
 
IMG 20231001 WA0014
 
Sementara itu, menurut salah seorang pengunjung yang ditemubual, Sepiah Ghani, 58, karnival ini banyak memberi manfaat dan kesedaran berkenaan kepentingan mendapatkan saringan yang sempurna selain dirujuk segera ke hospital sekiranya didapati berisiko.
 
“Saya tertarik untuk hadir ke karnival ini kerana pemeriksaan yang diadakan adalah percuma tanpa perlu ke hospital.
 
IMG 20231001 WA0016
 
"Lokasi penganjurannya amat strategik dan memudahkan penduduk setempat untuk datang membuat pemeriksaan.
 
"Saya ingin menyeru semua warga Kelantan khususnya yang tinggal di daerah Pasir Mas untuk datang melakukan pemeriksaan dan mengambil tindakan awal kerana kanser boleh menyerang tanpa kita sedar," katanya.
 
IMG 20231001 WA0018
 
Turut hadir dalam karnival tersebut ialah Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Hilmi Abdullah; Dekan PPSP, Profesor Dr. Abdul Razak Sulaiman; Ketua BestARi, Profesor Madya Dr. Juhara Harun dan Pengerusi KWBC, Profesor Madya Dr. Wan Faiziah Wan Abdul Rahman.
 
Teks: R. Alia Fazni R. Azmi/ Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman
  • Created on .
  • Last updated on .
  • Hits: 87