BANGKITKAN SEMANGAT PATRIOTIK DALAM KALANGAN STAF, HOSPITAL USM LANCAR SAMBUTAN AMBANG MERDEKA
USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 12 Ogos 2024 – Bagi membangkitkan semangat patriotik dalam kalangan staf, Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) mengambil inisiatif memulakan sambutan bulan kemerdekaan pada tahun ini dengan mengadakan Pelancaran Sambutan Ambang Merdeka 2024 Peringkat Hospital USM, petang semalam.
Program yang bertemakan Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka itu dimeriahkan dengan persembahan koir, deklamasi sajak dan nyanyian lagu patriotik oleh staf Hospital USM.
Turut diadakan ialah sesi penyerahan Jalur Gemilang kepada 13 jabatan dan unit di bawah seliaan Hospital USM oleh Pengarah Hospital USM, Dato’ Profesor Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab. Rahman.
Hadir sama dalam program tersebut ialah Timbalan Pengarah Klinikal, Hospital USM, Profesor Dr. Zaidi Zakaria; Timbalan Pengarah Operasi, Hospital USM, Profesor Dr. Mohd Imran Yusof; Timbalan Pengarah Infrastruktur dan Aset, Hospital USM, Dr. Mohamed Ashraf Mohamed Daud; Timbalan Pengarah Sistem Pengurusan, Hospital USM, Dr. Ariffin Marzuki Mokhtar dan Timbalan Pendaftar Kanan, Hospital USM, Mohd Saberi Mohd Yusoff.
Teks: Muhd Zulkifli Zakaria / Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman
- Created on .
- Last updated on .
- Hits: 20