Skip to main content

Hospital USM  |  Kampus Kesihatan

AUDIT PERSIJILAN SEMULA MS ISO 9001:2015 DAN MS 1900:2014 HOSPITAL USM BANTU NILAI SEMULA PRESTASI SEDIA ADA

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 13 Februari 2024 – Mesyuarat Pembukaan Audit Persijilan Semula Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 dan Sistem Pengurusan Kualiti Berasaskan Syariah MS 1900:2014 telah berlangsung di Auditorium Blok Pentadbiran Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), hari ini.

IMG 20240213 WA0060

IMG 20240213 WA0059

Audit persijilan semula ini merupakan satu proses yang penting bagi Hospital USM kerana ia membantu untuk menilai prestasi sedia ada dan menentukan tahap keberkesanan dalam menyediakan perkhidmatan kepada pesakit.

IMG 20240213 WA0063

IMG 20240213 WA0061

Di samping itu, Hospital USM telah menetapkan lima (5) komponen Titik Kawalan Kritikal Syariah iaitu aurat, mahram, halal dan haram, ibadah serta muamalat yang akan berfungsi sebagai mekanisma kawalan untuk memastikan pematuhan syariah di Hospital USM.

Proses pengauditan dijadualkan berlangsung selama tiga (3) hari oleh 'Standard and Industrial Research Institute of Malaysia' (SIRIM) Berhad dan diharap semua staf memberikan kerjasama ketika proses pengauditan berjalan.

IMG 20240213 WA0064

IMG 20240213 WA0062

Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah Pengarah Hospital USM, Dato’ Profesor Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab. Rahman; Timbalan Pengarah Infrastruktur dan Aset, Hospital USM, Dr. Mohamed Ashraf Mohamed Daud; Penyelaras Sistem Pengurusan Hospital USM, Dr. Ariffin Marzuki Mokhtar; Ketua Auditor MS 1900:2014, Khaled Saleman; Ketua Auditor MS ISO 9001:2015, Sarah Nordin dan beberapa staf SIRIM Berhad.

Teks : Muhd Zulkifli Zakaria / Foto : Foto : Wan Mohd Rashidi Wan Mood

  • Created on .
  • Last updated on .
  • Hits: 69