Skip to main content

Hospital USM  |  Kampus Kesihatan

475 PESAKIT HOSPITAL USM TERIMA MANFAAT SUMBANGAN BANTUAN PERUBATAN YAYASAN UEM SEJAK 2019

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 28 Julai 2024 - Bagi membantu meringankan beban pesakit yang kurang berkemampuan dalam membiayai kos perubatan, Yayasan UEM telah menyumbang sebanyak RM2.15 juta kepada pesakit Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) sejak tahun 2019 dan seramai 475 pesakit telah menerima manfaat daripada sumbangan itu.

IMG 20240728 WA0019

Pengarah Hospital USM, Dato' Profesor Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab Rahman berkata, kerjasama antara Yayasan UEM dan Hospital USM telah masuk tahun keenam dan pada tahun ini Hospital USM sekali lagi menerima sumbangan berjumlah RM500,000.

"Saya dimaklumkan sehingga hari ini, separuh daripada jumlah tersebut telah dimanfaatkan sepenuhnya.

IMG 20240728 WA0017

"Hospital USM sangat bertuah kerana Yayasan UEM telah banyak membantu bukan sahaja melalui sumbangan berbentuk kewangan, malah semasa pandemik COVID-19 pelbagai bentuk sumbangan disalurkan seperti peralatan perlindungan diri (PPE), kit RTK-Antigen, agihan makanan kepada pasukan barisan hadapan yang bertugas dan banyak lagi.

"Ribuan terima kasih saya ucapkan di atas sokongan yang tidak berbelah bahagi dari Yayasan UEM hingga ke hari ini," katanya ketika menyampaikan ucapan dalam Program Bantuan Perubatan Yayasan UEM bersama Pesakit Hospital USM, petang semalam.

IMG 20240728 WA0018

Tambah Nik Hisamuddin, kos rawatan yang semakin meningkat menyebabkan ramai orang mula berkira-kira untuk mendapatkan rawatan dan ini berisiko untuk meninggalkan kesan kesihatan yang lebih buruk.

"Oleh yang demikian, Hospital USM amat menghargai bantuan kewangan seperti ini daripada agensi-agensi luar untuk membantu para pesakit yang kurang berkemampuan.

IMG 20240728 WA0016

"Saya juga dimaklumkan bahawa sumbangan daripada Yayasan UEM ini hampir 40 peratus (%) telah disalurkan kepada kes-kes rawatan seperti kardiologi iaitu jantung berlubang terutamanya bagi pesakit kanak-kanak dan juga pesakit dewasa termasuk digunakan untuk kes-kes rawatan lain.

"Jadi, Hospital USM sangat berbesar hati atas sumbangan ini kerana secara langsung telah memberi peluang kepada lebih ramai pesakit khususnya golongan B40 dan asnaf untuk mendapatkan rawatan yang sempurna," jelasnya lagi.IMG 20240728 WA0021

IMG 20240728 WA0020

Hadir menyampaikan sumbangan tersebut kepada pesakit Hospital USM yang terpilih ialah Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan UEM, Dato' Noorazman Abdul Aziz dan Pengarah Urusan UEM Group Berhad, Dato' Mohd Izani Ghani.

Turut hadir ialah Timbalan Pengarah Operasi Hospital USM, Profesor Dr. Mohd Imran Yusof dan barisan Pengurusan Tertinggi Yayasan UEM.

Teks: Faridatul Aswani Ahmad Zidan / Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman

  • Created on .
  • Last updated on .
  • Hits: 12