'1ST FALL PREVENTION WORKSHOP’ BERI KEFAHAMAN PROSES PENGURUSAN RISIKO PESAKIT JATUH DI HOSPITAL
USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 5 November 2024 – Pengurusan risiko adalah proses bagi mengenal pasti, menilai dan mengawal risiko serta merupakan salah satu ciri utama bagi sesebuah organisasi cemerlang.
Organisasi perlu bertindak secara positif terhadap potensi risiko yang ada dan yang dijangka, di samping memahami dan berusaha untuk mengawal sebarang kebarangkalian berlakunya risiko yang mungkin menjejaskan penyampaian perkhidmatan.
Selaras dengan keperluan tersebut, bagi meningkatkan kompetensi staf berkaitan proses pengurusan risiko pesakit jatuh di hospital, Unit Kejururawatan, Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) telah menganjurkan ‘1st Fall Prevention Workshop’ di Auditorium Jabatan Kecemasan, HPUSM, pada 23 dan 24 Oktober lalu.
Bengkel yang disertai 70 peserta itu diadakan bertujuan meningkatkan kefahaman staf terhadap peranan multidisiplin seperti rehabilitasi dan farmasi dalam aktiviti pencegahan jatuh selain menguasai kaedah penggunaan alatan pengukuran risiko jatuh.
Selain itu, ia juga bertujuan memastikan semua pesakit selamat semasa berada dalam tempoh perawatan dan penjagaan di HPUSM serta mengelak daripada sebarang kejadian yang tidak diingini (medical error) berlaku dengan meningkatkan kompetensi staf HPUSM daripada pelbagai disiplin dalam penjagaan keselamatan pesakit.
Sumber Laporan & Foto: Rolzaiha Mohd Zainun
- Created on .
- Last updated on .
- Hits: 18