Skip to main content

Hospital USM  |  Kampus Kesihatan

Polisi Pengurusan Linen Hospital USM

i.  Objektif

-  Pengurusan linen di Hospital USM adalah untuk memastikan :

  1. Keselesaan Dan Keselamatan Pesakit
  2. Meningkatkan Imej Hospital USM
  3. Memastikan Kelangsungan Alam Sekitar Dan Kelestarian Kewangan Hospital USM

ii.  Skop

-  Seluruh kawasan Hospital USM

iii. Definisi Linen

Linen bermaksud segala barangan tekstil yang boleh digunakan semula yang memerlukan    pembersihan serta pembasmian kuman melalui pemprosesan pencucian di dobi. Jadual di bawah merupakan spesifikasi linen yang sedang digunakan pada masa ini di Hospital USM. Proses perolehan linen Hospital USM  diadakan sekurangnya setahun sekali, melibatkan implikasi kewangan yang sedikit besar. Pembelian perlu dilaksanakan bagi menggantikan linen yang dilupuskan atau rosak dan ianya melibatkan kerjasama antara Unit Pentadbiran & Kemudahan Am beserta Unit Kejururawatan.

Perkhidmatan Dobi turut membantu PTJ/jabatan selain Hospital USM berkaitan aspek pengurusan linen. Antara contoh jalinan khidmat sokongan ialah bersama Pusat Islam Kampus Kesihatan melalui jahitan karung spesimen bagi tujuan pengebumian spesimen. Selain itu, saban tahun Perkhidmatan Dobi turut membantu Bilik Gerakan Banjir USM sewaktu terjadinya bencana banjir, bila mana urusan perbekalan linen seperti selimut, sarung bantal dan pakaian kepada mangsa banjir yang ditempatkan di pusat penempatan sementara USM akan dikendalikan oleh staf Perkhidmatan Dobi Hospital USM.

  • Created on .
  • Last updated on .
  • Hits: 328