Skip to main content

Hospital USM  |  Kampus Kesihatan

Latihan Pre-Houseman di Hospital USM

Untuk makluman Tuan/Puan, Hospital USM menyediakan latihan Pre-Houseman kepada para pelajar perubatan yang telah tamat pengajian untuk mengikuti latihan tersebut di Hospital USM.

Latihan yang ditawarkan ini bertujuan untuk memberi peluang kepada para graduan agar lebih mendalami bidang perubatan,memantapkan kemahiran sediada dan mendalami pelbagai disiplin yang ada di Hospital USM di samping mempunyai pakar-pakar perubatan yang berkebolehan dalam pelbagai bidang.

Pihak kami mengalu-alukan para graduan dalam bidang perubatan yang telah tamat pengajian untuk menyertai latihan ini dengan kadar bayaran yang telah ditetapkan.

Sekiranya Tuan/Puan mempunyai sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi En. Farhan Wan Fauzi  melalui email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. @ di talian 097674052.

Terima kasih

  • Created on .
  • Last updated on .
  • Hits: 127